Ziarah Pemuda Prihatin (Kg Sungai Kechil & Hospital Sungai Bakap)

PPUBNT yg dihadiri oleh Sdr Amiruddin (S/U) & Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan) Menziarahi Anak Sdr Syahrul, Nur Qaisara 7 Bulan yang menghidapi sumbing yang kritikal. Keluarga ini memerlukan bantuan untuk menjalani 4 siri pembedahan kerana penyakit ini turut menggangu pernafasan & pemakanan anak ini yang langsung tak boleh menjamah sebarang makanan. Terima kasih kepada Pemuda Cwgn Sg Kechil yang memberi Kerjasama cukup baik.


Seterusnya, siri ZPP bergerak ke Wad hospital Sungai Bakap bagi menziarahi pula remaja yang mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya di Bandar Tasek Mutiara. Mangsa, iaitu Saudara Sobri merupakan adik kepada ahli pemuda di Cawangan Seri Pulau, DUN Sungai Bakap.
InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa selagi dizinkan Allah akan sentiasa turun ke akar umbi bagi membantu mengikut tahap kemampuan yang seadanya.

Posted in Labels: |

6 comments:

  1. Def Leppard Says:

    Sekarang ni orang semua dok hot pasai bersih...jadi posting saya kali ni perihal Bersih.

    Sejarah cenderung untuk berulang - satu ungkapan yang sering digunakan walaupun tiada siapa yang tahu sebenarnya siapa yang mula menggunakannya atau bila ianya mula digunakan. Pelabur saham, penganalisis, peniaga dan penulis terutama dalam bidang analisis teknikal akan memberitahu anda bahawa manusia masih akan cenderung untuk mengulangi kesilapan mereka sendiri untuk kali kedua semata-mata kerana mereka tidak diajar bagaimana cara untuk bertindak balas supaya tidak mengulangi kesilapan mereka yang lalu sekali lagi . Yang menariknya, walaupun mereka telah diajar begitu, mereka masih cenderung untuk mengulangi kesilapan (yang sama) yang lepas dengan tidak mengambil tindakan sewajarnya .
    Rakyat marhaen boleh dimaafkan kerana membuat kesilapan yang sama kerana mereka hanyalah orang biasa. Tetapi untuk mempunyai kumpulan orang yang sangat pintar untuk mengulangi kesilapan mereka yang lalu di sebalik kesilapanpertama , itu memang tidak boleh dimaafkan. Siapa yang boleh lupa bagaimana Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO hilang trofi dua pertiga majoriti mereka kurang daripada empat tahun lalu kerana mereka bertindak kejam di Perhimpunan 2007 Bersih (Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil) yang akhirnya menyumbang kepada kekalahan paling teruk untuk mereka dalam pilihan raya umum sejak kemerdekaan?

    Walaupun ramai yang gembira dengan kedatangan Bersih 2.0 (Bahagian 2) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai 2011, saya mulanya percaya acara itu akan menjadi satu acara yang hambar. Pernahkah anda terfikir mengapa kesudahan kepada bahagian pertama filem box-office lebih cenderung untuk flop pada kebanyakkan masa? Itu adalah kerana orang cenderung untuk mempunyai jangkaan yang lebih tinggi dan producer filem pula dalam tergesa-gesa mereka untuk mempersembahkan bahagian ke 2 kepada penonton, umumnya akan menghasilkan jalan cerita yang lebih rendah dari segi kualitinya. Dalam ketamakan mereka untuk mengaut keuntungan, mereka cenderung untuk menumpang nama ke atas kejayaan bahagian pertama filem mereka dan akan menjadi semakin kurang kreatif semasa membuat bahagian kedua filem .

  2. Def Leppard Says:

    Jurassic Park adalah salah satu filem yang paling besar dengan mengaut hampir $ 1,000 juta dalam pendapatan. Namun bahagian kedua (Lost World) pula tak best langsung walaupun ia masih berjaya mengaut kira-kira $ 600 juta, semata-mata kerana ianya diarahkan oleh pengarah Steven Spielberg yang memang cukup famous. Jika Bahagian 2 mempunyai jalan cerita yang lebih baik, kemungkinan besar Steven Spielberg telahpun membuat Bahagian 3 dan seterusnya. Atas sebab yang sama, saya fikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli-ahli penasihatnya adalah tersangat bodoh kerana telah mengandaikan bahawa Bersih 2 akan lebih hebat lagi daripada perhimpunan Bersih 1.0. Jadi memang benarlah jika dikatakan bahawa PM Najib adalah seorang pengecut seperti yang diperkatakan oleh kebanyakkan ahli politik …..termasuklah rakan-rakan Najib sendiri.

    Najib perlu memahami bahawa pemimpin terdahulu, Abdullah Badawi, adalah seorang pemimpin yang sangat lemah dan tidak cekap, jadi dia tidak seharusnya membiarkan Bersih 1.0 menghantui beliau. Pusingan kedua Bersih akan hanya merupakan satu lagi perhimpunan yang mempunyai kesan yang sangat sedikit kepada kerajaan sekarang disebabkan kerana pentadbiran terdahulu iaitu Badawi telah menyerap semua kerosakan yang dialami dari pusingan pertama Bersih 1.0. Jika Najib tidak dapat memahami logik mudah ini maka dia sememangnya seorang pemimpin yang tidak pandai membuat keputusan dan juga merupakan seorang pengecut yang akan mengaku kalah sebaik sahaja pembangkang bersuara akan menggerakkan 100,000orang untuk menunjuk perasaan.

    Sepatutnya, Perdana Menteri perlulah membuat tektiknya iaitu menunjukkan statemanship yang belum pernah ditunjukkan oleh mana-mana PM yang terdahulu termasuklah PM yang paling lama berkhidmat iaitu diktator Mahathir Mohamad, dengan membenarkan perhimpunan tersebut untuk di teruskan. Jika Najib berbuat demikian, Mahathir, Muhyddin , pihak pembangkang, para pemerhati dari luar negeri dan yang paling penting sekali ..kaum pengundi gerenti semua akan terkejut dengan upset yang Najib lakukan. Seperti yang saya tulis sebelum ini, pentadbiran Najib pasti akan memenangi pilihan raya akan datang jadi mengapa perlu memberikan pembangkang publisiti percuma yang amat berhargaini ? Tetapi tidak, Najib sebenarnya masih menggigil ketakutan bahawa apa yang berlaku kepada Badawi selepas perhimpunan Bersih 1.0 akan berlaku kepadanya selepas Bersih 2.0.

    Sejarah cenderung untuk berulang dan Najib harus menghabiskan satu atau dua hari menghadiri kursus express mengenai sejarah. Apabila Corazon Aquino, seorang "suri rumah biasa" menjadi Presiden ke-11 di Filipina dan wanita pertama untuk berbuat demikian, ia adalah kerana dia boleh menggerakkan yang Revolusi Kuasa Rakyat yang terkenal pada tahun 1986. Tetapi selepas dia keluar dari pejabat dan cuba untuk memanggil revolusi yang sama terhadap presiden korup yang lain, sedikit sahaja pendemo yang mengambil bahagian. Orang ramai dah mula bosan terhadap perhimpunan awam dan babak ke 2 untuk Revolusi Kuasa Rakyat ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Oleh itu, Najib perlu relax dan tidak perlu begitu gentar dan gabra sangat dengan Bersih 2.0.

  3. Def Leppard Says:

    Mengeluarkan amaran dan ancaman kepada Bersih 2.0 ke atas perhimpunan yang dicadangkan pada 9 Julai amatlah buruk sekali sebabnya tindakan ini bukan sahaja haram tetapi juga telah menyanggahi perlembagaan negara. Malaysia adalah salah satu daripada negara-negara yang mendakwa demokrasi tetapi menafikan semua hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Tetapi penangkapan pada hari Ahad yang lepas yang melibatkan lebih dari 30 ahli Parti Sosialis, dan menggunakan 28 T-shirt yang dirampas, lapan darinya yang memaparkan gambar tokoh revolusi Argentina yang dah lama mati iatu Che Guevara, dan serta-merta menuduh mereka telah bercadang untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, , nampaknya telah berjaya meletupkan sebutir bom atom di mana rakyat marhaen telah bangun dan amat-amat marah denagan tindakan kerajaan yang tidak amat-amat tidak munasabah ini.

    Walaupun tindakan keras kerajaan ini amatlah menggelikan bagi pemerhati dalam negara serta di peringkat antarabangsa, sepupu PM Najib sendiri iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin, kelihatan amatlah tegas dalam usahanya untuk mematahkan perhimpunan awam ini. Jika anda fikir pentadbiran Najib sudah gila sangat dengan tindakan keras terbaru ini, anda bolehlah start dari sekarang untuk menyimpan lebih banyak bahan makanan dan minuman di rumah kerana kerajaan Malaysia sedang berkira-kira untuk melepaskan senjata mautnya - ISA atau tahanan tanpa bicara. Dari tuduhan lucu cuba untuk memulihkan komunisme kerana T-Shirt Che Guevara hinggalah kepada alat zalim ISA, pentadbiranNajib seolah-olah memberikan kepada pembangkang satu advantage yang besar.

    Jika Bersih 2.0 akan mendapatkan hanya sebahagian kecil daripada penunjuk perasaan yang berjumlah 50.000 dalam versi pertama, ianya sekarang akan menarik lebih daripada jumlah Bahagian 1 . Jika pelan Bersih 2.0 akan gagal dalam menarik lipatan pelbagai pengundi pembangkang dilihat dalam Bersih 1.0, kini ia akan menarik lebih ramai golongan pengundi muda atas pagar. Jika Bersih 2.0 akhirnya akan mati secara semula jadi, ia kini telah dicas sepenuh-penuhnya dan telah siap-sedia untuk digunakan atau dirampas oleh parti pembangkang untuk pilihan raya akan datang. Jika Bersih 2.0, berbanding dengan Bersih 1.0, akan kehilangan sokongan, ia kini akan dilihat sebagai kezaliman paling hebat yang dilakukan oleh Najib berbanding dengan tindakan keras Badawi. Sama seperti novel Romance of Three Kingdom, Najib seolah-olah memberikan beribu-ribu anak panah secara percuma kepada musuhnya yang akan mengumpulnya untuk digunakan dalam peperangan yang akan datang.

  4. Def Leppard Says:

    Sebenarnya, Najib mungkin boleh menghindari pengaruh dictator Mahathir dan juga ancaman dari timbalannya jika Bersih 2.0 adalah dibenarkan di bawah pengawasan polis. Dengan taktikal permainan politik yang genius ini, Najib berkemungkinan boleh menang lebih banyak pengundi lagi, tambah lagi dengan pujian dari pemimpin-pemimpin antarabangsa. Ini ialah kerana kerosakan kepada kerajaan beliau sudah tidak boleh diperbaiki lagi selepas Mac 2008 jadi sudah tentunya pihak pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa kerosakan lagi. Keupayaan untuk menunjukkan kualiti statesmanship (kenegarawanan )baru adalah sesuatu yang mentornya sendiri iaitu Mahathir tidak boleh lakukan semasa beliau memerintah selama 22 tahun .

    Sebenarnya ianya adalah selamat untuk membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 hanya kerana perhimpunan itu tidak akan memberi kesan kepada pengundi luar bandar yang masih membuta tuli menyokong kerajaan Najib. Kerana perhimpunan Bersih 2.0 tertumpu di ibu kota Kuala Lumpur iaitu kawasan di mana kebanyakan daripada pengundi yang berpendidikan lebih cenderung untuk menyokong pembangkang. Adalah amat-amat bodoh sekali untuk tidak membenarkan perhimpunan awam itu kerana ianya akan menimbulkan pelbagai cara untuk menunjukkan ke “brutal’an pengurusan Najib. Semua kerja keras dalam pemasaran program transformasi kepada pelabur-pelabur asing akan jadi hancus dan lingkup angkara ke”brutal”an tindakan-tindakan yang di lakukan oleh pengurusan Najib dalam menangani Bersih 2.0 .



    Untuk berfikir yang Najib akan kehilangan kuasa jika Bersih 2.0 dibenarkan dan merancang untuk sekuel atau bahagian 2 "Operasi Lalang" yang famous pada tahun 1987 adalah amat dangkal dan bodoh. Parti-parti pembangkang kini sedang ketawa besar-besaran kerana pada mulanya mereka dah hilang idea bagaimana untuk mengekalkan kemenangan terkejut mereka selepas Pilihan Raya Umum pada Mac 2008. Di sini jelas kelihatan bahawa kerajaan persekutuan telah memberikan mereka momentum percuma dan tiket untuk meneruskan penyembelihan parti BN yang telah dimulakan sejak dari Mac 2008. Tindakan-tindakan kejam ini pasti menjadikan perjalanan pembangkang ke Putrajaya lebih mudah.
    Masa akan menentukan jika sejarah cenderung untuk berulang lagi. Buat masa ini, Bersih 2.0 semestinya akan menjadi satu acara pembangkang yang paling “Rock “ untuk tahun ini semuanya atas sebab kebodohan Najib. Perdana Menteri ini mungkin telah mencetuskan perhimpunan tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah negara, tanpa dia sedari. Malangnya kita mungkin terpaksa melakukannya tanpa wawancara Al-Jazeera yang famous dulu dengan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin. Adakah anda semua masih ingatkan Zainuddin “erection “ ? 

  5. saya berdosa..... Says:

    terbaik....

  6. Anonymous Says:

    tahniah untuk def leppard, tulisan dan pandangan anda sgt menarik dibaca.

    tapi lebih hebat lagi,bila anda berada dlm mana2 ngo atau parti dan akhirnya dpt membina minda dan perubahan pada jiwa pengikut agar dapat menjadi bangsa yg berjaya......itu adalah lebih hebat.

    tulisan dan pandangan tanpa peraktikal adalah sia-sia,tiada masalah klu kita berlainan parti asalkan tuan mempunyai semangat utk membina agama dan bangsa yg berjaya dan disertai amalan........

    akhirnya kita akan menghasilkan pemuda yg ada nilai,jika sama2 berusaha membina pemuda yg berjaya........jgn membina pemuda yg pandai maki saja...kerja tak tau dan malas....akhirnya melayu haoooooooo.....cina senyummmmmmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...