Ziarah Pemuda Prihatin (Kg Bagan Buaya, DUN Jawi)


Siri Ziarah Pemuda Prihatin. Kali ini mengunjungi kediaman Puan Norlizawati, 42 seorang OKU akibat ditimpa kemalangan jalanraya. Seluruh kepimpinan utama pemuda bahagian telah hadir iaitu Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Setiausaha dan Ketua Penerangan

Puan Norlizawati seorang ibu tunggal juga disahkan menghidapi penyakit jantung. Kesengsaraan beliau bertambah lagi apabila suaminya meninggal dunia akibat kanser 2 bulan yang lalu. Beliau terpaksa menyara 4 orang anak yang masih kecil dengan hanya bersumberkan pendapatan menjual kuih secara kecil-kecilan.

Turut hadir ialah Pegawai Jab Kebajikan Masyarakat, Encik Shuib Noh (Penyelaras UMNO DUN Jawi dan Encik Ku Mat selaku ketua UMNO Cawangan Bagan Buaya.

Posted in Labels: |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...