Dato' Non: Tuduhan LGE Biadap & Keterlaluan!

Badan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.

‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.

Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.

‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.

‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.

‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.

Posted in Labels: |

4 comments:

  1. rezqeen hill Says:

    Saya cadangkan UMNO kemukakan saman kepada pihak² yg menabur fitnah supaya rakyat dapat menilai tindakan UMNO ini sbg sebuah parti yg serius menjaga kebajikan rakyat

  2. Anonymous Says:

    Salam,

    Saya setuju sangat dengan pandangan reez. Genap 7 hari kalau tiada permohonan maaf, tanggungjawab Tok Non sebagai Pengerusi BUPN ialah saman pehak terbabit. Baru UMNO Pulau Pinang benar-benar serius dan berwibawa.

  3. kacang puri Says:

    gerombolan semakin tertekan.
    saman dap umpama saman kepada mca dan gerakan......

    yg menghairankan aku.....musuh kepada dap ialah mca,mengapa nak dituduhkan gerombolan?
    nampak sangat gerombolan nie jahat sangat......

  4. Anonymous Says:

    kacang puri...awat hg mangkok sangat.depa ni politik memang musuh...tapi bangsa mereka bersatu.itu la yg namanya cina ni. melayu ni yg bodoh politik bermusuh sampai ke bangsa sendiri pun depa bermusuh.contoh melayu yg jelas dan nyata ni hang la.melayu ni politik bermusuh ...bangsa pun bermusuh.suka jatuhkan bangsa sendiri demi kepentingan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...