Guan Eng lebih perkauman tuduh saya mahu jadi Ketua Menteri PP -Tok Non
Posted On Aug 3, 2011 at at Wednesday, August 03, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalTok Non sudah bersuara. Beliau mahu rakyat P.Pinang fikir siapa sebenarnya yang rasis dan main politik perkauman yang menebal untuk kekalkan kuasa di PP .
UMNO PP sentiasa bermuafakat dalam BN dan soal siapa menjadi Ketua Menteri sudah dinoktahkan iaitu milik parti komponen . DAP main isu UMNO mahu jawatan Ketua Menteri hanya sebagai helah untuk tarik undi Cina dan pecahbelahkan BN PP.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya.-
aku ada sikit curige kat sini
seleah aku gugel tadi..
dun pp ada 40seat
umno bertanding 15 seat..
andaikate pru13 bn menang
contohnya umno 14 seat, mca3,gerakan3,mic1..
takkan umno nak kasi komponen bn lain yg jadi cm kot?
terang nmpak umno yg jadi kuda mcm pas..
ade sesape bleh jwb?
admin blog ni @ ketua pemuda @ sesapa shj..
siapa yg dari umno yg tak mahu jawatan memteri...hatta jawatan pengerusi masjid pun umno dok rebut.walaupun ahli kariah tak kelapaq.
ngaku sudahla....toknon.
hang teringin sangat jawatan tu....
soalan dol agak menarik
ini pendpt PERIBADI dari aku
mmg kita tau dlm dun bkn umno ada 25 kerusi bertanding sbb tu lah gerakan jd KM jika BN memerintah..
andaikata keputusan pru13 menunjukkan apa yg dol kata, tak mustahil umno boleh desak kerusi KM PP diserah kpd mereka..
gerakan & mca kena akur dgn prestasi mereka yg lemah dan tidak mewakili majority kaum menyokong BN..
-ahli pemuda NT
BN menang di PP.....hahahahaha mampus idup balik pun payah la....!
Ketua Bahagian Vs Timb Ketua Vs Naib Ketua + Ketua Pemuda Vs Ketua Pu3 vc S/u yahg gila nak jadi Wakil Rakyaat...apa pun taraaakkkkkkk...!jangan berangan sangat UMNO / BN oiiiii.....hahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaha
anon 811
betulke gerombolan ntebal dok gaduh sesama mereka?
bagi info sikit....
boleh kita bertukar buah fikiran.
api kena kasi besar sikit...tak brapa panas lagi.
ngeh ngeh ngeh.....
kenyataan
PMTG PAUH
Dato Jalil Vs Dato Ariff Shah Vs Cikgu Zaidi
Kpl Batas
Dato Roslan Saidin Vs Rizal Merican
B.Mertajam Takdak tempat
Batu Kawan
Dato Noordin nk Sg Bakap
Kena lawan ngan UMNO NT.
Dr Noorsiah Vs Fuad Mat Isa vs Cg Zul Vs grombolan PUNTVs Sani Bakar
Sg Aceh
Dato Mahmud Vs Bakar Md Noor Vs Ishak Ismail Vs Hj Shidee Vs Shafie Kasim Vs Dato Non
P047
Dato NON Vs Fuad mat Isa Vs Dr Noorsiah ......
camna nk menang smua nk jadi ADUN ngan Parliment Member's.
Hang kata kt aku,aku kata kt hang umno lwn umno Pr Yang sapu smua pada PRU 13 ni.hahahahahahahahaahahahahaaaa.........1 mai pakat kita kaleh Parti Bang Najib plak ( B N ).
mana ada dlm sejarah Negara Bini PM dapat peruntukan untuk biaya pribadi.PERMATA Pintar tu alasan je.Kita yang kena putar sebab tak pintar,RM mmg pintar.....UMPORNO kena kencin beradap je......!
assalam...dari hj shidee,
kepada semua sahabat pemuda dan pelayan blog....terima kasih atas sokongan semua pihak,
kpd sahabat yg ada terlalu banyak masa dan tak tahu nak buat apa,dibulan yg baik ini banyakkan amalan bacaa quran kaaa....,zikir kaaa.....
itu lebih baik dr dok merapu tulis yg bukan2 dlm blog niii,utk pengetahuan semua pembaca blog pihak pemuda bah. tak terlibat dalam sebarang perebutan pangkat utk dun n parliman,pihak punt akan menyokong sesiapa sj yg dilantik oleh atasan......asalkan orangnya ikhlas.......kita tahuuuuuu
kepad sahabat yg tak puashati dengan punt kita menghulur tangan untuk berbincang atau muzakarah...utk kebaikan bersama.Jgn salah faham hulur tangan bukan rm....
ok selamat beramal.....semoga sahabat pemuda semua berjaya menghadapi dugaan di bulan almubarak ini.
cdz ranjauu kuatt
Yg pasti BN jangan la letak calon yg dok buat bisnes pemerdagangan orang...hahaha...
bro...709
tunjukkan diri atau nama anda,jadilah manusia yg bertanggungjawab,jngan jd pondan....baling batu ,sembunyi tangan.
sekadar nak tulis macam tuu budak tadika yg baru belajar pun....tahuuuu
lebih baik anda muhasabah diri duluuuu.......pejuang tahi ayammmm emmmmmmm
Tok non
Hang jangan dok biaq nasib parti UMNO ni jadi macam pekan Nibong Tebal, kalau nak kata pekan hantu pun tak kena juga, kalau nak kata pekan untuk orang orang pencen lagi tak kena, pekan MATI mungkin sesuai kot.
Apa yang dah jadi dengan pekan Nibong Tebal la ni hidup segan mati tak mau tu samalah juga akan terjadi kepada career politik hang nanti.
Dah berapa lama hang dok memerintah kat Nibong Tebal tu satu kemajuan pembangunan berbentuk physical pun langsung tak nampak, yang dok ada besaq tahi cicak tu stesen keretapi sajalah.
Itu yang kami nampak pun.
Kalau nak beli barang barang dapur kami kena pi econsave jawi, kalau nak buat kenduri kendara kami kena pi parit buntar, tetapi parit buntar tu perak punya, bandar baharu tak payah cakaplah.Kalau nak cakap pun tak guna langsung.
Hang ni Tok Non oii orang berpelajaran tinggi dan orang koperat. Awat hang tak dak wawasan ka? Hang tak nampak ka rupa paras Pekan Nibong Tebal macam mana.??? Cantik bukan main!!!!Awatlah hang ni. Lembik sangat! Ekonomi Nibong Tebal dah lama mampuih..hang dok buat tak pa lagi.Tempat lain ada UTC ada RTC, Nibong Tebal ada apa? Infra pun kedai zaman tinggalan orang putih dulu.
Hairan, orang putih pun boleh pikiaq benda macam tu, bila dah merdeka orang Melayu tak buat apa pun, dok buat hingaq adalah.Kilang kilang banyak di Nibong Tebal ni, paling dekat bukit panchoq tu, Universiti pun dah ada tapi pekan Nibong Tebal dok berwajah lama lagi. Orang Melayu nak berniaga ramai tapi infra pulak tak dak, terpaksa pi bersaing Parit Buntar. Bila dah pi bersaing kat tempat orang tu biasalah,yang kena santau pun ramai. Awat hang jadi lagu ni Tok Non? Mana dia transfomasi, kami ni lama dah dok nanti, lama dah dok harap tapi sampai ke la ni pun jangankan kata nak nampak, berbau pun tak.
Entahlah bila kami nak dapat pemimpin harapan bangsa ni tak tau lah, tapi pemimpin yang dok pi jamu cina tu ramailah. Pemimpin yang dok isi tembolok sendiri pun ramai. Depa tu orang orang kanan dan kawan kawan hanglah.
Kereta mewah hang tu selalulah kami dok nampak.Dapatlah jugak kat hang.