Pentas Pemuda Bersama Sdr Lokman Noor Adam

Pada 21 Julai yang lalu, PPUBNT dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri P.Pinang yang diterajui oleh Sdr Ir Shaik Hussein telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Pentas Pemuda di Dewan Perda Sungai Acheh. Kehadiran agak memberangsangkan pada malam itu.

Program Penerangan ini telah menjemput Sdr Lokman Noor Adam selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga bekas setiausaha AMK Pusat. Turut hadir, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria selaku ADUN Sungai Acheh. Sdr Lokman banyak menekankan kepada isu tuntutan Bersih yang disifatkan mempunyai agenda jahat yang lain dan juga isu 'evergreen' yang sungguh tak jemu didengar, perihal DS Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai isu dan dakwaan terhadap beliau.

InsyaAllah, dari masa ke semasa, PPUBNT terus tanpa jemu akan mengadakan siri penerangan seperti ini demi untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat dan mendedahkan siri pembohongan yang telah dilakukan oleh puak pakatan. Terima kasih kepada yang hadir dan memberi kerjasama diatas penganjuran program ini.


lagi gambar di SINI

Posted in Labels: |

3 comments:

  1. Anonymous Says:

    Tahniah pemuda nt..aku rasa x ceroi pun ada gak 400 hngga 500org..diluar pun masih ramai..bg aku kira ok sngat..yg mai solid pemuda x prlu pakai bas..lg pun mlm tu ada bola..tapi aku sedih prgam di sg baong anjuran poad dan jasa mmg ceroi dan hancoq,tu pun kutip ngan bas..dua2 prgam aku p..tapi pngisian pentas pemuda lebih Mantop..tahniah pemuda nt..

  2. Anonymous Says:

    assalam, dari hj shidee,

    kepda semua sahabat pemuda,sebenarnya program ini walnya nak dibuat di padang lalang,tapi adamasalah disaat akhir.....jadi kita bawa mai laaa kat sg acheh......x berdosa kot.....

    Apapun ucapan tahnia kpd semua ketua pemuda caw. yg memberi komitmen yg tinggi dlm usaha menjayakan program ini dan juga semua ajk dan pemuda2 yg terlibat.

    masalah tak buat kat tempat lain,ada 2,3 perkara yg perlu diselesaikan,setengah manusia menganggap umno macam harta depa punya,bila org lain nak buat dia akan ada unsur sabotaj.....seperti yg berlaku pd beberapa program punt...kita juga dah kenal pasti orgnya.

    Bagi punt setiap prigram yg dijalankan adalah untuk memperkasakan umno dan menambah keyakinan rakyat kpd umno,menarik golongan muda kembali semula dgn umno.....akhirnya mempastikan umno tetap akan menjadi harapan kepada semua org Islam dan melayu dibumi malaysia ini.

    Kepada yg nak bersama dgn kita di alu-alukan.....

  3. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    kepada semua pembaca dan pengkomen
    admin pun tak sempat nak tapis komen2 yg mengarut-ngarut..

    semua adalah diluar kawalan
    sekali lg diingatkan, minta kerjasama semua tolong beri komen @ pandangan yg membina serta berkaitan tajuk artikel yg diterbitkan..

    kpd sdr chop, kami semua tadak masa nak fikir psl sdr..
    byk lg agenda lain yg perlu diutamakan..
    maaf jika sdr terasa..

    kalau lepas ni masih ada lg komen yg merapu & menghina, admin akan ambil keputusan samada tapis dulu komen atau disable terus ruangan komen. Senang tak sakit kepala jadi kerja nak tapis pulak!

    tolong beri kerjasama jika mau terus memberi komen di sini..

    sekian, salam ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...