Konsep Sembang-Sembang Agama dan Santai Bersama Pemuda Terus Diteruskan

Hj Rashidi (Ketua Pemuda Nibong Tebal) menyampaikan penerangan dan isu-isu semasa berkaitan Agama,Halatuju politik Melayu, Sosial dan pendidikan Melayu di Negeri Pulau Pinang
Ust Ashaari sedang menyampaikan Tazkirah berkisar Hijrah dan Pengorbanan
Sekretariat Daftar Pemilih dan Keahlian sedang melakukan proses pendaftaran ahli.



PROGRAM SEMBANG-SEMBANG AGAMA DAN SANTAI BERSAMA PEMUDA

Pemuda Nibong Tebal meneruskan langkah menjadikan pemuda akar umbi untuk terus didekati. Sekali lagi DUN Sungai Bakap menjadi pilihan, Pemuda Cawangan Sg Kechil telah menjadi tuan rumah untuk Program Sembang-sembang Agama & Santai Bersama Pemuda.
Alhamdulillah lebih 40 orang hadir terdiri daripada pemuda di kawasan sekitar mendengar pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Ashaari b Samsuddin dan Hj Rashidi Zinol.

InsyaAllah,Pemuda akan cuba untuk terus menjelajah ke setiap cawangan pemuda termasuklah kawasan yang tiada cawangan pemuda bagi mendekati dan mendengar permasalahan pemuda.Terima kasih kepada Sdr Hafiz (Ketua Pemuda Sg Kechil) bersama Ajk yang menguruskan program tersebut sehingga berjalan dengan lancarnya.

Posted in Labels: |

11 comments:

  1. Anonymous Says:

    Well Done pemuda Nibong Tebal..angpa mmg The Booom...

  2. joe black Says:

    walaupun dari gambar aku nampak
    kehadiran agak ceroi, tapi takpa
    sekurang2nya hangpa dah berusaha
    dari sesetengah orang yang hanya pandai cakap itu ini tapi apa habuk pun tak buat..

  3. Cenkadak Says:

    tahniah pemuda..teruskan usaha, go shidi, you are the best!!

  4. mtg tok mahat Says:

    teruskan usaha kalian
    apa yg saya tau sg kecil tu kubu
    kuat pkr, betul ke? geng small river club yg majoritinya org pkr bkn kg situ ke?
    hadirin pun mcm kurang org saja, samapai kena import budak pompuan,
    ada apa masalah pemuda?
    boleh jelaskan disini?
    apapun, korang dah cuba..
    takpa, jangan fed dup.. teruskan

  5. joe penang Says:

    ada buat record audio/av. Sharela bg kat org lain sama

  6. Anonymous Says:

    ustaz ashaari tu ustad umno ka?
    kerap hangpa usung pi usung mai?
    pandai hangpa pekena ustad noo..

  7. Anonymous Says:

    salam,

    jgn jd manusia yg selalu pertikai,tentang kebaikan yg org lain buat,sedang kita sendiri tak tau nak buat apa.

    lebih baik jd manusia yg menyokong tentang kebaikan yg org buat, walau kita sendiri tak buat apa2.

    ramai manusia mengaku menjadi pejuang sedangkan mereka lebih kepda memecah belah masyarakat,terutama selepas mendengar ceramah,pengikut akan menjadi benci antara satu sama lain.apa guna berceramah mengajak manusia membenci sesama kita,memfitnah dan menuduh tanpa bukti....akhirnya kita sesama islam yg rugi.
    Apakah kita boleh digelar pejuang dan pendakwah, bila berceramah,masjid,surau pondok dan markas?
    Apakah salah bila kita berceramah kepada anak2 muda di kedai kopi dan balairaya?
    Apakah ada ustaz lain yg berceramah di kedai kopi...mengajak anak muda menghayati Islam dan beramal dgn islam.
    Berapa ramai yg mengaku ustaz sanggup turun ke kedai kopi atau warung memberi penjelasan tentang keindahan Islam?

    Oleh itu jgn pertikai apa yg org lain buat,sebaliknya tanya diri sendiri apa yg anta buat utk anak muda kita......

    sejarah islam,bila berlaku peperangan antara saidatina aishah dan saidina ali (perang jamal)sebahagiannya berpunca dari fitnah dan ketidakpuasan........nak lebih baca sendiri.

    akhirnya jadilah pengkritik yg baik dan ikhlas dan berilah pandangan yg jujur utk kebaikan bersama.salam...kita kena berubah,sebelum rebah atau direbah.

  8. Anonymous Says:

    syabas pemuda nibong tebal
    aku salah seorang yg hadir malam sembang2 di dewan khairat sg kechil

    aku adalah salah seorang bekas pemuda small river
    aku ada ijazah dr sebuah universiti tempatan

    masa di u dulu aku mmg pro pmbangkang smpi la aku balik join pemuda small river

    aku mmg dok layari blog hangpa dari dulu lepas tu senyap balik sampai la ada balik

    aku kagum dgan hangpa yg bg aku all out nak bw imej sebenar pemuda umno
    bg aku mmg buat krja yg sebenaqnya
    mana ada pemuda pr buat mcm hangpa

    ikhlas aku cakap angpa la ni brada di jalan yg betoi
    aku pasti akn sokong angpa

    bagi tukang2 komen yg x mai kat progam jgn dok cakap pandai
    walaupun dlm dewan nampak ceroi
    tapi kat luaq sebelah aku dan puluhan rakan2 mndengar apa yg disampaikan..

    aku puas hati..rata2 rakan2 ku yg atas pagar akn kmbali mnyokong angpa

    teruskan krja amal ni...
    aku nk rakamkan tahniah kat ketua Pemuda Rashidi yg bnyak bw sinar dalam pmbaharuan pemuda
    dan tak lupa ketua penerangan Cikgu Sham yg aku tngok cukup rajin mndekati golongan muda dan banyak menghidupkan penerangan pemuda...

    kalau mcm ni punya krja angpa..bagai langit dan bumi dgan pemuda pr yg asyik dok seronok dan payah nak tegur...

    Ingatlah Allah bersama org yg sabar..
    bagi penilaian aku

  9. Anonymous Says:

    Tu dia...
    abis la juak pakatan rapuh..
    org angpa pun dah kaleh dah..

    mana dia prgam angpa pemuda pr ooi.
    dok sronok nak tawan putrajaya konon..takat p lawatan boleh la..

    jgn dok sembang cari salah orang saja..
    bukan takat ceramah ja kot..
    mai la tngok sama bebudak muda ni..

    peh hidup pemuda umno!!!!

  10. Anonymous Says:

    Sg Bakap boleh rampas balik kat umno
    umno kena letak calon muda yg bersih
    pastikan calon tu ada pendidikan, x dak isu, x guna samseng atau x biasa guna kedudukan utk mngkayakan diri.

    Ajis SD

  11. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    Terima Kasih atas komen kalian..
    InsyaAllah, PPUBNT akan terus bergerak secara berterusan untuk mendekati seberapa ramai anak muda di bahagian Nibong tebal.
    Jika ada para pembaca yang sudi menawarkan diri menjadi tuan rumah utk adakan perjumpaaan dgn anak muda, jangan segan-segan hubungi pihak kami.

    p/s:
    1.di luar dewan masih ada belasan org yg tidak masuk
    2.Ustaz Ashaari Lulusan Al Azhar bijak menilai perjuangan politik yg sebenar. Tiada siapa yg pergunakan siapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...