Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Anjuran Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh







Majlis Berkhatan Beramai-Ramai yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud bin Zakaria. Majlis ini telah selamat diadakan di Dewan PERDA, Sungai Acheh pada 11 Disember lalu, Sabtu.

Seramai 75 orang kanak-kanak dari sekitar DUN Sungai Acheh telah menyertai program ini. Bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa kanak-kanak terbabit, peserta yang mendaftar hanya dikenakan yuran serendah RM10 sahaja.
Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan selamat berlangsung dengan jayanya. Bagi pihak Pusat Khidmat DUN Sungai Acheh, PPUBNT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program ini.

Posted in Labels: |

4 comments:

  1. Anonymous Says:

    bro...
    boleh tanya sikit kaaa?
    ini sapa punya blog...itu siapa punya program....tak nampak pun muka exco pemuda......
    yg nampak puteri ada laaa.
    zaman ciklap...menempek dah berlalu,
    aku ingat pemuda yg anjur.....aku dengar dari zaman tok rahid lagi nak buat kat sg bakap....apa dah jadi...tak kan kita punya brg....puak puteri pulak jadi penganjur.....malu2

    mana maruah pemuda bahagian?jawap....jgn x jawap.

  2. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    salam anon 1101
    nak masuk komen tolong perkenal diri dan bg salam dulu..

    ini blog milik pemuda,,
    program ini Program Dato Mahmud
    demi utk penjelasan pembaca, saya tambah text yg menerangkan purpose blog pemuda di sebelah kanan.

    Demi utk anon 1101 juga, saya tambah gambar Sdr Norhiesam, Ketua Penerangan.
    Turut hadir bersama Sdr Saiful Rizal penyelaras pemuda DUN sungai Acheh dan Sdr Zihan yg juga pembantu khas Dato Mahmud.

    Kami pun dah lama ambil keputusan yg program 'menempek' dari program org lain seboleh2nya pemuda akan elakkan kecuali atas permintaan UMNO Bahagian.

    Pemuda skrg pemuda zaman perubahan.
    Jgn terlalu mengikut arus. Org buat berkhatan, PPUBNT pun nak buat berkhatan.
    Takkan disebabkan pemuda tak menganjur program berkhatan jatuh maruah pemuda?

    Teruskan ikuti blog ini utk kami paparkan program pemuda yg selanjutnya.

    p/s:anon 1101 kalau ada maruah boleh perkenalkan diri???

  3. Anonymous Says:

    anon 1101..
    awat la komen hang mcm bodoh..
    advanced la ckit..
    check la dulu laporan blog ni mcmana..adooi..tau nak tibai saja..
    kan dah kena..

    biaq p la pu3 nk buat pun..
    dia nak jaga barang kita sbb laki depa pun sama mcm kita
    benda baik biaq p la sapa nk buat pun..yg baik kita sokong
    lagipun aku tengok pemuda mmg dah bnyak program tak berenti setiap minggu..

    pesan aku kat anon 1101..
    kalu nak jadi bodo pun biaq brtempat..buat malu kompeni saja..

  4. Anonymous Says:

    bro...ni 1101 jawab,

    aku pun bukan bodoh,
    tapi aku rasa hangpa kut yg bodoh,
    tak nampak kain rentang, ada nama pemuda bah, pas tu dok mengaku program sendiri apasal..........

    apapun aku nampak dr jauh,hampa memang bagus.....bersetia berhidmat.

    aku nak pesan pd pengurus blog, cuba guna bahasa yg lembut sikit,kita nak tambah pengikut,bukan lawan musuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...