Pemilihan UMNO ditangguh, rombakan kepimpinan diumum hujung tahun (With Video)



Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa malam berkata, UMNO akan menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat selama 18 bulan sebagai sebahagian dari proses memantapkan parti. Selain itu beliau memaklumkan bahawa rombakan kepimpinan UMNO hanya akan diumumkan hujung tahun ini, bagi membolehkan beliau berbincang lebih lanjut dengan kepimpinan negeri.

“Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, Selasa malam.

Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. “Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi.”

Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini. “Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti. “Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini.”

Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah. “Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK.


PPUBNT: SEKARANG MASA BEKERJA UNTUK MENGHADAPI PRU YANG AKAN DATANG. KETEPIKAN DULU BAB-BAB PEMILIHAN PARTI. MARI KITA SAMA-SAMA KUATKAN UKHUWAH SESAMA AHLI PARTI DEMI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG GEMILANG.

Posted in Labels: |

14 comments:

  1. jo laboo Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  2. apopo Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  3. joe black Says:

    apopo dah mai...
    hahaha
    hang rindu ka nk komen kat blog depa ni?
    mcmana hang tau depa trima hang balik?

    popo! dh masuk rumah org tu buat prangai elok2..
    dok kata hj rashidi pasaipa?
    dia ada kacau hang ka?
    lantak pi la sapa nk jd calon
    yg hang kelupuq kebih pasaipa?

    hang ni org fuad ka?
    brp fuad bayaq kat hang?
    fuad pun baguih
    semua baguh dlm umno ntebai ni..

  4. pemuda atas pagar Says:

    dah lama aku tak dengar program pemuda nibong tebal,mcm lesu aje...

  5. Anonymous Says:

    apopo,
    aku sokong hg,owner blog ni tolong habaq kat wakil rakyat sg aceh tu,tlg beri perhatian aduan org kampung,( ada satu jln telah berlubang dan dah ada org tua yg jatuh disebabkan lubang tu)klu aduan ni tak sampai kepadanya,ini menunjukkan jkkkp tak buat apa-mkn elaun buta aje.
    tlg bagitau ya,jgn sampai org kampung kata- ada wakil rakyat tapi macam tak ada je.

  6. Anonymous Says:

    ni apopo jgn cakap cam org gila...yg hg baik sgt dgn puad bg tau kat dia,member dia yg cikgu,,,pun pengerusi jkkp........ma......ga.... bu.....
    yg tu semua geng hg laaa,
    kalut cita pusat islam tmn seri aheh,jkkn bg duit tiap2 bulan .awat hg tak cita.....hampeh betui la hang ni....cakap pandai kerja xxxx dak.

  7. Anonymous Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  8. joe black Says:

    adoi..
    tak abis2 ka crita yb fuad nih..
    naik boring aku.. semua sama saja, umno ka pas ka pkr ka, ada kuasa selagi boleh sebat duit, depa sebat..
    tak abih2 pasai peruntukan saja hgpa duk bangkit..
    jgn buat lagu ni, nmpak kt geng pr
    malu la pemuda nt..
    cuba la hj rashidi masuk komen sikit apa yg dia nk buat utk dia jd calon sg acheh, baru sedap skit cerita..
    hat org lama2 tu, bawak2 la berehat
    yg umur dah macam masa nabi wafat tu, pikiar2 le..
    org lama jasamu tatap dikenang..

  9. Anonymous Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  10. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    TOLONG JGN BERI KOMEN YG KETERLALUAN YANG BOLEH MENGAIBKAN
    MANA-MANA INDIVIDU SEKALIPUN

  11. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    berkenaan jalan berlubang di sg bakau yg menyebabkan kemalangan tu tolong jgn buat tuduhan melulu. Siasat dulu sebelum hentam.
    Pada malam itu juga wakil YB Dato Mahmud menziarahi mangsa kemalangan itu.
    Peruntukan sedang dlm proses utk membaiki jln yg berlubang.

    SEKALI LAGI DIINGATKAN, MOHON KERJASAMA BHW BLOG INI BUKAN MEDAN UTK HENTAM DAN AIBKAN SATU SAMA LAIN. KOMEN ANDA SEMUA SGT DIHARGAI NAMUN TOLONG BERI YANG MEMBINA ATAUPUN CADANGAN YANG MAMPU MENGUATKAN PEMUDA NIBONG TEBAL.

  12. Anonymous Says:

    wooi Bro..apa takut ka p padam pasai Poad..biaq pembaca nilai..klu bnda tu x betui jawab dan nafikan serta bg bukti..

    org dok brcakap..klu x dak pnjelasan dan budaya pngendali blog mcm ni..tu la umngok akn jadi mcm pru 12 dok rasa seronok smua isu buat halal balai last2 tiarap..

    klu gentlemen jawab la tohmahan tu mcmana hangpa tlg jawab kat Tok Mud..

    pirahh..telus konon..klu betui wat apa takut..

    BUKAN PENGAMPU..

  13. anak jati sg aceh Says:

    salam.
    sekadar nak brtanya,Pemuda tak ada buat rombongan ke MAHA ke?Apa yg aku tahu dibahagian lain ada yg buat rombongan pergi ke MAHA,Klu ada buat bagusla,walaupun kami tak diajak,sekurang2 rakan yg p sana blh juga cerita kat kami apa yg menarik kat sana.Tapi klu tak ada, leceh la,takkan nak bawa p MAHA pun
    tak mampu,kan wakil rakyat ada,minta la dia sponser sikit,lagi pun setiap kali program yg pemuda buat,dato mahmud mesti ada.

  14. Anonymous Says:

    anak jati sg aceh,jgn harap la yb nak sponser,cari peruntukan lain la,tak pun keluar duit sendiri,la ni bukan zaman nak minta sedekah,sepatutnya yb kena faham la,
    tak dengar langsung pun rombongan org sg aceh pe ke MAHA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...