Pemuda meneruskan agenda mendekati akar umbi di DUN Sungai Acheh

Dari Kanan, Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT),Sdr Saiful (Penyelaras Pemuda DUN Sungai Acheh, Pn Jamilah, (Pengerusi GB4B Kwsn/Ketua Puteri Bhgn),Pn Norzira (S/U GB4B Kwsn), Sdr Shamsol( S/U Kerja PPUBNT)

Antara anak muda yang hadir
Penyerahan kalendar 2011 PPUBNT oleh S/U PPUBNT kepada Sdr Idziady
Sdr Idziady menyerahkan 25 orang borang ahli baru Pemuda UMNO kepada Setiausaha PPUBNT (Sdr Amiruddin) sebagai tanda sokongan anak muda kawasan tersebut terhadap UMNO

Meneruskan agenda mendekati golongan muda kali ini di Kawasan Sri Taman yang majoritinya dari Taman Sempadan, Taman Pekaka dan Taman Transkrian. (DUN Sungai Acheh).

Program kali ini agak menarik kerana berdasarkan sejarah penubuhan taman tersebut, inilah kali pertama Pemuda Bahagian turun padang mendekati secara terus dan memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak muda di kawasan tersebut. Tambahan pula kawasan taman-taman ini majoriti anak mudanya merupakan golongan yang agak berpelajaran. Majority yang hadir mempunyai tahap pendidikan yang baik dimana mereka memiliki sijil, diploma dan ijazah. Dan khabar baik yang didengari bahawa rata-rata mereka sebelum ini majoritynya pro pembangkang sebelum ini.

Lebih 60 orang hadir yang terdiri daripada anak muda untuk menubuhkan Sayap Pemuda UMNO Cawangan Sri Taman dan Gerakan Belia 4B.
Perjumpaan program ini adalah insiatif bersama YB Dato Mahmud, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan Sdr Idziady Idris.

Sesi yang paling menarik ialah sesi dalog, yang mana banyak persoalan berkaitan pendekatan mendekati golongan muda, daftar pemilih dan peranan parti kerajaan membantu golongan muda.
Alhamdulillah semua soalan dan penerangan telah dijawab dengan berhemah oleh Cikgu Rosli Hashim (Pengerusi JKKKP Seri Ampangan yg juga Ketua UMNO Cawangan), Pn Jamilah Awang (Pengerusi GB4B Nibong Tebal/Ketua Puteri UMNO Bhgn) dan wakil daripada pemuda bahagian.

Sebanyak 25 borang keahlian pemuda UMNO telah diterima bagi menambahkan lagi ahli pemuda dan seterusnya dapat menubuhkan sayap pemuda di cawangan tersebut.
Apa yang dapat dirumuskan, perbincangan bersama golongan muda di Sri Taman yg agak membuka minda atau lebih tepat 'luar dari kotak' memberi input yg baik kepada kepimpinan.Terima kasih Sdr Idziady yg berusaha membantu membuka ruang kepada Pemuda untuk bersama mereka

Posted in Labels: |

7 comments:

  1. joe black Says:

    teruskan kerja kuat hangpa..
    kalu harap zaman fuad dgn pie kassim alamat org muda tmn sempadan tu semua pakat lari ke pr la..
    kurang2 hangpa dh cuba ajak depa dekati umno...
    tok non tolong la tgk apa yg patut bg suntikan sikit kat depa ni, dh jd pengerusi perhubungan nanti jgn lupa bhgn sendiri plak..
    jgn kera di hutan disusukan
    anak di rumah mati kelaparan..
    bg la apa yg patot buleh bg..

  2. apopo Says:

    woi.....abisla,
    pr nt dah ketaq dah.
    semua melayu nt dah masuk gerombolan nt.tinggal 2 3 orang aje dlm pr nt nie....

    kah...kah...kah...


    alahai tuk non...

    kesian tuk non....memanjang kena pemuhung ngan ppunt nie.

    tuk non...apa yg yg di postkan oleh pppunt nie cuma nak bagi tuk non syok aje.

    kalau tak caya...tunggu pru 13 nanti.

    biar sikit,tapi ikhlas...
    buat ape banyak...kalau nak bergerak sikit"tuk non tak bagi peruntukkan ke"...

    gereombolan nt memang kuat...pr tak mampu nak kalahkan.
    tapi dng sikap pemuda, jkkkp,ketua caw...yg nie buat rakyat menyampah.

  3. Anonymous Says:

    apopo bacoi dah kecut teloq syok sendiri.. hahahah
    semua org muda dah tak kelapaq nak ikut pakatan gila tu..
    kesian apopo meroyan lagi ...

  4. pengundi pmtg tok mahat Says:

    bagusla pemuda dpt tembus masuk tmn sempadan..
    bila nak mai kwsn pmtg tok mahat atau tmn harapan pula?
    sini pun ramai anak muda yg saya lihat takda hala tuju dlm politik..
    cepat ambil peluang sebelum orang lain ngap...

    -mcmana nk dptkan kalendar tu?
    saya teringin la satu..

  5. Anonymous Says:

    pengundi pmtg tok mahat,
    klu nak dptkan kalender tu boleh hubungi Saiful,no telnya ada disebelah kiri blog ni (program yg akan dijalankan )

  6. Unknown Says:

    Harap dapat dilink blog Hamba disini...Terima Kasih..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

  7. Anonymous Says:

    Pungkoq hanglah Tok Non. Kalah buat cara kalah lah. Bagi kat orang lain pula pegang jawatan Ketua bahagian Nibong Tebal dan pengerusi perhubungan UMNO negeri.

    Ramai lagi yang lebih pandai daripada hang Tok Non oiii...Hang apa tau. Pengundi dah 2 kali tolak hang tapi hang tak reti reti lagi.

    Bagi laluan kat orang lainlah Tok Non oiii..Nak jadi pengerusi perhubungan UMNO negeri mesti ada kerusi, kalau tidak macam mana orang nak respect hang. Awatlah hang ni teruk sangat. Hang tak faham ka message daripada rakyat.

    la ni macam ni lah, hang bertanding di kerusi Sg. bakap. Kerusi Nibong Tebal bagi kat Datuk Poad Mat Isa Bom. Kot kot lah boleh menang.

    lagi pun orang Sg. bakap ni dah cukup meluat tengok muka hangpa berdua. Tak mai tang ni pun tak, lalu kot ni pun jangan.

    Hangpa berdua nak jadi calon sebab nak cari projek saja. Nak kaya cepat. Bukan tau nak buat kerja pun. Dok pembohong sana sini. lebih lebih lagi Datuk Poad Mat Isa Bom tu. Semua orang tau Datuk Poad ni kaki kelentong kaki kapoq orang, macam hanglah jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...