Program Mendekati Golongan Anak Muda diteruskan di Kampung Sungai Setar Kechil

Program Dimulakan Dengan Tayangan Skrin Besar Piala AFF


YB Dato' Mahmud turut hadir meluangkan masa untuk bersama anak muda


Antara Yang Hadir


Sessi soal jawab dan luahan masalah/pendapat turut diadakan


Kempen Daftar Pemilih untuk menjadi pengundi berdaftar SPR

Usaha yang istiqamah mendekati golongan muda diteruskan bagi menjamin sokongan yang berterusan.

Kali ini program diteruskan dengan mendekati golongan muda di Kampung Sungai Setar Kechil, Nibong Tebal. Pihak penganjur Menyediakan Khas Skrin Besar bagi Anak Muda menonton beramai-ramai bagi Menonton Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam. Disusuli dengan majlis Penerangan Bersama Dato Mahmud,Pemuda/Puteri Bahagian dan Penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Setar Kechil.

Alhamdulillah sambutan begitu baik sekali lebih 50 orang muda termasuk belia wanita turut bersama serta tidak berganjak sehingga selesai majlis pada jam 12 pagi.

Pelbagai persoalan telah dibangkitkan dalam sesi soal jawab seperti peruntukan kepada golongan belia, masalah masyarakat dan program latihan.YB Dato Mahmud, Sdr Norhiesam selaku Ketua Penerangan PPUBNT mewakili Sdr Hj Rashidi yang tak dapat hadir dan Pn. Jamilah selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kwsn/Ketua Puteri UMNO nibong Tebal telah menjawab dengan baik semua persoalan yang diutarakan.

Namun apa yg menarik, YB Dato Mahmud telah memberi suntikan semangat kepada golongan muda Sg Setar Kechil dengan berjanji akan membantu sepenuhnya permohonan mereka.Begitu juga komitmen daripada Pemuda dan Puteri UMNO Nibong Tebal.

Secara rumusannya, program ini adalah berjaya dan rata-rata mereka berpuas hati kerana ramai golongan muda dapat dikumpulkan semula setelah berpecah suatu masa dulu.
Syabas dan tahniah kepada Sdr Shahrul (Ketua Pemuda Sg Setar Kechil) bersama Fairuz (Pengerusi GB4B Sg Setar Kechil) dan rakan-rakan dalam menggerakkan program tersebut.

Posted in Labels: |

6 comments:

  1. blogenstarz Says:

    Salam.
    Chek nak juga tengok.Tapi kat sg,udang takda..... depa tak mai ka !

  2. Anonymous Says:

    congratulation pemuda nibong tebal..
    teruskan dekati golongan muda
    nampak pnerimaan golongan muda kepada pemuda umno semakin menyerlah
    jangan hangat2 tahi ayam sudahlah..

    pe pe pun..tabik sama pemuda umno nibong tebal

  3. Anonymous Says:

    aku tengok pemuda dan Tok Mud ni nampak serasi...banyak program pemuda tok mud bersama

    mana p foad mat isa..
    dia ni tak mesra pemuda ka?
    awat aku tengok program dia lesu dan tak bermaya di dun sg bakap..
    program pemuda dun sg bakap x dak langsung x mcm sg acheh..

    dia buat apa ha??? klu x mampu buat jgan cakap pandai dan dok janji mcm2 spt kami dulu masa dia jadi KPemuda..nak buat mcm2..last apa pun x buat..

    pemuda umno jadi x elok masa dia lah..
    pemuda nibong tebal didik dgan seribu keseronokan..dangdut,perempuan,rasuah dan macam2 lagi..
    kalau x caya tanya mat zain (ajk pemuda)dan din gemuk (bekas suk pemuda)..

    mai zaman pie..slow dan lembab..elok la bas dah nak rosak dikerjakan oleh foad pas pulak kat kontraktor..jadi mcm tu la..

    kesian tgok pemuda shidi diawai ari tu..
    tapi aku tngok dia kuat dan akhirnya dia berjaya atur pemuda sampai ke tahap la ni..

    angpa2 pemuda nibong tebal hati2 sama ngan foad tu...DIA X IKHLAS dalam prjuangan..aku tau dia mmg nak koyak kapal shidi yg mmg dok atur pemuda dgan elok..

    ingat pesan aku..dgn foad duit x boleh prcaya..

    x pemuda ntebal

  4. mtg tok mahat Says:

    sudah2 lah tu sdr...
    dah naik muak saya tak abis2
    nak perburuk yb foad
    andai benar beliau bersalah, esok di SANA maka jawablah ia..
    kita kalau nak maju jgn lg tgk yg dah lepas, pandanglah ke hadapan..
    fikirkan bgmn dun sg acheh hendak dipertahankan dgn majority lebih tinggi, fikirkan bgmn nk rampas kembali nibong tebal, sg bakap dan jawi..
    teruskan usaha kalian..

    cuma maaf saya muskil kenapa ketua belia 4b tu kaum wanita? dari pemuda dah takde sangat yg boleh jd pemimpin belia?
    tp takpalah, itu masih boleh diterima..

  5. Daulah-alWatan Says:

    Syabas...syabas...syabas Pemuda Bahagian Nibong Tebal Pulau Pinang.

    Inilah sebenarnya tugas pemuda harapan bangsa.

    Mendekati, mendengar dan memahami masalah dan rintihan pemuda/belia/remaja. Jika mampu usahakan penyelesaian.

    Pergerakan Pemuda UMNO akan terus mara sekiranya sikap kepimpinan dan pelaksanaan aktiviti pemuda menepati objektif dan sasaran parti.

    Tahniah.

  6. joe black Says:

    tok mahat oiii
    bulih tak jgn panggil yb foad?
    geli anak tekak aku..
    dia tu mantan yb, tak layak dipanggil yb dah hang tau dak..
    kat tempat aku pun kdg2 org duk panggil fuad tu yb rasa nak buh penaboh tengah belakang saja!
    pasai benak sgt tak reti bez yb dgn bekas yb..

    kalau cikgu ka,
    ya betui, bila depa pencen org panggil cikgu lagi

    tapi yb tidak sama skali..
    nahe nahey..

    apapun, hgpa teruskan usaha hangpa
    pengerusi 4b tu lebih seswai laki yg jadi.. jgn belia duk bawah ketiak beliawanis.. heheh
    aku sokong tok mahat dlm hal ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...