80 Pasukan Menyertai Kejohanan Futsal 1 Malaysia Peringkat DUN Sungai Bakap

Alhamdulillah, selesainya siri kejohanan Futsal anjuran PPUBNT di ketiga-tiga DUN dalam bahagian Nibong Tebal. Pertandingan di DUN Sungai Bakap ini mencapai kemuncaknya apabila hasil usaha promosi dan publisiti yang dilakukan oleh Jawatan Kuasa Program, sebanyak 80 pasukan telah mendaftarkan diri bagi menyertai kejohanan ini dimana 75% pasukan adalah dari dalam DUN Sungai Bakap.


Kejohanan yang telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap ini telah berlangsung dengan jayanya tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini. Semua pasukan bermain dengan semangat 1 Malaysia dimana kesemua kaum menyertainya dengan perasaan yang begitu teruja. PPUBNT merakamkan penghargaan kepada Kelab Sukan Komuniti Sungai Bakap yang turut sama membantu menjayakan program ini.

PPUBNT mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Siri 3 Kejohanan Futsal di Parlimen Nibong Tebal. Dijumlahkan semua pasukan yang menyertai program ini adalah sebanyak 152 pasukan. Misi PPUBNT untuk menambahkan daftar keahlian SPR ini juga terlaksana walaupun masih banyak tugas yang perlu dilakukan bagi dalam hal ini.


Taklimat dan Cabutan undi pasukan di Pejabat UMNO pada 2 malam sebelum kejohanan

YBhg Dato' Zainal Abidin Osman Hadir Merasmikan Kejohanan

Gaya Gimik Perasmian Dimana Dato Zainal Mengambil Sepakan penalti

Suasana Padang Dimana 2 Gelanggang Dibuka Bagi Menampung Jumlah Penyertaan

Antara Gelagat Pemain dan Penyokong

Urusetia Kejohanan Yang Komited Terhadap Program

Wakil SPR yang hadir bagi membantu dalam Daftar Mengundi SPR

Antara 3 Pasukan Dari Kaum Tionghua Yang Turut Serta

Penyampaian Hadiah Tempat ke-8 hingga ke 3 disampaikan oleh Ketua Pemuda Bahagian, Sdr Hj Rashidi Bin Zinol

Encik Hashim B Chik Selaku Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Sungai Bakap sedang menyampaikan hadiah kepada johan dan naib johan

Bergambar Kenangan Beramai-Ramai Bersama Pemenang-Pemenang Kejohanan

Posted in Labels: |

6 comments:

  1. joe black Says:

    tahniah punt
    anda memang bergerak
    harap yg masuk futsal tu kurang2 75%
    akan tertarik dgn UMNO..
    ustad moktar pasti goyang...

  2. Anonymous Says:

    mana dia fuad mat isa?
    hangpa tak jemput dia pun sbg
    penyelaras kadun sg bakap!
    nmpak sgt cdz nk kalih fuad..
    hahaha

  3. Anonymous Says:

    Salam,

    Tahniah atas penganjuran pelbagai program kemasyarakatan di kawasan Parlimen Nibong Tebal. Dari segi bilangan program non-cliche pelbagai skala ternyata UMNO Nibong Tebal mengatasi PR walaupun belum tentu diterjemah dalam bentuk undi semasa PRU-13. Non-cliche dalam erti kata di luar lingkungan penyampaian goodies sempena perayaan tertentu. Kadang-kadang, penganjuran program tak perlu dana yang besar sangat pun, tapi jelas UMNO Nibong Tebal memanfaatkan kemampuan kewangan dan networking sedia ada. Elemen kreatif + proaktif + insentif merupakan satu plus-point yang memang tak mampu digugat lagi oleh parti pesaing.

    Dalam usaha memenangi hati dan fikiran rakyat, disarankan UMNO Nibong Tebal memperbanyakkan diskusi khususnya dengan pengundi-pengundi muda. Pendekatan diskusi sewajarnya dibuat secara berhemah dan tidak menggunakan bahasa kesat bagi menghentam parti lawan. Jauhkan menggunakan isu-isu bersifat peribadi, kalau tidak apa bezanya UMNO Nibong Tebal dengan depa hat sebelah sana.

    Justeru, UMNO Nibong Tebal akan dilihat oleh golongan atas pagar sebagai mengamalkan corak politik yang lebih gentleman. Ini merupakan satu lagi plus-point yang membezakan UMNO Nibong Tebal dengan pihak lain.

    Sukacita dicadangkan diskusi tersebut membincangkan buku "Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu" tulisan Lily Zubaidah Rahim, diterjemah oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad pada tahun 2004. Nak bagi lebih menarik lagi guna visual seperti PowerPoint dll. Kalau ada ongkos lebih jemput saja penulis buku tersebut berkongsi pengalaman secara first-hand. Pada hemat saya, selain sebagai muhasabah diri supaya UMNO Nibong Tebal tidak lagi mengulangi kesilapan lalu, terdapat bab-bab di dalam buku tersebut merupakan cerminan tingkah laku / pendirian / kesungguhan ADUN / Ahli Parlimen Melayu PR di Pulau Pinang dalam membela nasib orang Melayu Pulau Pinang secara bersungguh-sungguh. Antaranya, disebutkan di dalam buku tersebut bahawa pemimpin Melayu PAP di Singapura tidak berani memperjuangkan kepentingan orang Melayu secara terbuka. Mereka lebih suka berunding di sebalik tabir, dengan alasan lebih baik dapat separuh daripada tak dapat apa langsung. Puncanya, takut dianggap racist, takut hilang sokongan, takut tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya dan takut karier dalam parti tidak meningkat.

    ...

  4. Anonymous Says:

    ...

    Saya tahu UMNO Nibong Tebal juga, dalam era slogan 1Malaysia, tidak mahu dilihat cenderung kepada orang Melayu sahaja. Tapi segalanya bergantung kepada pendekatan yang diambil. Saidina Ali pernah berkata, "kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang". Pada saya, apalah maknanya parti apa pun, sama ada mengaku terang-terangan atau diam-diam sebagai parti Melayu, yang menang kerusi pilihan raya walhal majoriti orang Melayu sendiri menolak mereka. Dalam hal ini, daripada UMNO Nibong Tebal cuba mengeksploitasi sentimen orang Melayu dengan isu-isu yang sangat rapuh sifatnya, ada baiknya diskusi sedemikian dicuba. Sekurang-kurangnya, rakyat diberi peluang mengemukakan pandangan dan kemudiannya diberi ruang berfikir sebebas-bebasnya sama ada orang Melayu Pulau Pinang benar-benar akan menerima nasib seperti orang Melayu Singapura. Kesedaran, walaupun lambat, tapi hadir secara sukarela lebih baik daripada persetujuan yang dipaksa-paksa.

    Siapa tahu, pengundi Melayu yang mula berasakan bahawa ADUN / Ahli Parlimen Melayu PR kurang berprestasi akan terbuka hati mengalih sokongan kepada calon UMNO pula nanti.

    Satu lagi, apa kata UMNO Nibong Tebal fikir-fikirkan apa hujah untuk menjawab persoalan kempen PR Pulau Pinang untuk meminta pengundi Melayu terus mengundi calon mereka dalam PRU-13 dengan alasan kalau langsung tak ada ADUN Melayu PR menang di Pulau Pinang, maka tak ada wakil Melayu dalam Kerajaan Negeri. Persoalan itu akan jadi modal utama PR Pulau Pinang kerana secara realistik, melainkan berlaku keajaiban yang memihak kepada BN, kerusi majoriti pengundi Melayu akan terus dikuasai UMNO sementara DAP akan terus menerajui Kerajaan Negeri.

    Sekadar pandangan.

    ~ Orang Seberang Perai Selatan

  5. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    Admin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Atas Kmen Bernsa dan Membina dari Org Seberang Perai Selatan.

    Komentar sebeginilah yang kami harapkan agar dapat memberi lebih momentum kepada PPUBNT dalam terus berusaha dan bergerak ke arah memenangi PRU 13 akan datang, insyaAllah..

  6. Cooking Charles Says:

    Thank you for writing thiss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...