UMNO P.Pinang Laksana Program Turun Padang
Posted On Mar 28, 2011 at at Monday, March 28, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalUmno Pulau Pinang akan melaksanakan program ‘turun padang’ di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata langkah itu bagi mengetahui secara dekat masalah yang dihadapi penduduk kawasan terbabit.
“Setakat ini kita telah pergi ke empat kawasan dan ada 11 lagi kawasan yang kita jangka akan selesai kita lawati dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno negeri, di sini, malam tadi.
Katanya Umno juga akan turut turun padang dan mendengar masalah rakyat di 25 kawasan DUN yang akan ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
“Selepas selesai kawasan Umno kita juga akan membantu Gerakan, MIC dan MCA di kawasan mereka,” katanya.
“Bila kita sendiri turun padang, kita dapat tengok masalah penduduk. Banyak masalah di Pulau Pinang yang perlu diselesaikan,” katanya.
Selain itu, katanya, Umno telah menggerakkan jentera pilihan raya di peringkat Parlimen serta DUN dan langkah itu akan diteruskan ke peringkat peti undi.
“Kita juga sedang meneruskan usaha di peringkat akar umbi bagi menambah bilangan pengundi,” katanya
tahniah syed bently
Tok sah dok pikiaq nak selesai masalah kat Pulau pinanglah. Biaq Ketua bahagian depa pikiaq sendiri, depa bukannya tak ada akai kot. La ni kena pikiaq macam mana nak selesai masalah kat Nibong Tebai ni dulu, hangpa dah bergerak ker belum atau dok tidoq lagi.
MCA dan MIC depa tau nak pikiaq ambil masalah depa, yang kita ni rajin sangat nak pi masuk campur pasai apa? Awat? dah selesai dah ker masalah di kawasan sendiri. Kalau dah selesai awat boleh kalah masa PRU 13?
Kalah pulak bukan sebarang kalah, tapi kalah teruk sampai tersungkoq, yang sudah tu sudah lah, PRU 14 jangan sampai tersungkoq sampai nampak pungkoq kat orang lain sudah lah.