Majlis Taklimat dan Penerangan Isu-Isu Semasa PPUBNT

Majlis yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jawi baru-baru ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat tatacara Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Cawangan-Cawangan dalam bahagian Nibong Tebal yang akan mengadakan mesyuarat dari 1 Mac 2011 hingga 15 April 2011.Hampir 100 orang Ketua-Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan hadir dalam majlis ini.

Disamping itu juga, di dalam majlis ini juga Ketua Pemuda Bahagian telah berucap dengan mesej yang begitu mendalam dengan meluahkan hasrat beliau dan kepimpinan UMNO Bahagian yang inginkan agar semua pemuda sama-sama bekerja dengan lebih keras dalam menghadapi PRU yang bakal menjelma. Suntikan semangat dari KP disambut baik oleh semua yang hadir.

Sdr Amiruddin, Setiausaha PPUBNT menyampaikan taklimat mengenai tatacara Persidangan Tahunan
Ketua Pemuda Yang Tak Jemu-Jemu menyuntik semangat agar pemuda lebih agresif
Antara Kepimpinan Pemuda Cawangan-Cawangan Yang hadir
Sdr Norhiesam, Ketua Penerangan PPUBNT turut berpeluang menyampaikan isu-isu politik semasa

Posted in Labels: |

2 comments:

  1. Anonymous Says:

    truskan usaha hangpa
    berpolitiklah scr matang

  2. Anonymous Says:

    Tahniah pemuda nt..
    truskan krja kuat ini

    betoi ka aku dengaq satu laporan kepada SPRM ttg penyelewengan KSK Sg Acheh telah dibuat melibatkan bkas ADUN Sg Acheh Foad Mat Isa????

    klu betoi elok sngat la..
    dia ni jenis putar belit sakan..

    aku harap sngat bagi kes ni lekat..barulah umno bersih drpd penyangak2 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...