Kontrak WiFi di P.Pinang. Bukti ketidaktelusan LGE

Walaupun menerima desakan yang kuat saban hari dari masyarakat, sehingga ke hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal menjawab persoalan pemberian kontrak RM8.5 juta projek WiFi kepada syarikat REDtone tanpa mengadakan tender terbuka dan mengapakah tiada seorangpun pemimpin Pakatan Haram yang membantah mengenai perkara ini. Ini bersanggah dengan amalan CAT (Competency, Accountability adn Transperancy) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Buku JingGAY yang kononnya dijanjikan untuk diamalkan oleh Pakatan Haram sekiranya dapat memerintah Malaysia.

Umum mengetahui betapa eratnya pemilik REDtone dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan umum juga mengetahui bahawa pihak pengurusan REDtone merupakan penyokong tegar DAP. Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang gagal merungkai persoalan yang dikemukakan. Persoalan yang sering kali dipersoalkan di ruang sosial Twitter terutama oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, turut gagal mendapat balasan walaupun mereka boleh merapu dan meraban menjawab lain-lain isu.

Kerajaan Pakatan Haram hanya pandai berjanji dan mengkritik tetapi gagal dari segi perlaksanaan. Begitu jugalah dengan omongan-omongan kosong yang terdapat di dalam Buku JinGAY yang tidak lebih sekadar retorik semata-mata. Pengikut-pengikut Anwar meroyan setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah yang dijanjikan. Itupun Pakatan Haram masih ada hati hendak menawan Sarawak.

-cucutokselampit-

Posted in Labels: |

3 comments:

  1. Hashim Says:

    Syabas Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
    Inilah semangat BN untuk bongkarkan maksiat DAP di Pulau Pinang. Kita harus bawa Tan untuk cabar Lim Guan Eng di sini

  2. Def Leppard Says:

    Gerakan is HISTORY. Satu kerusi pun yelekk... dah pupus dah ...tu pun hangpa dok taruh harapan lagi ....cheh..

  3. Def Leppard Says:

    Free wifi ada kat KFC dan mamak mohamaad. Pi la surf sampai abih bateri kat sana. No big deal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...