Bekas staf pejabat Guan Eng tinggal di rumah RM 1.8 juta!

Pic Hiasan
Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas kakitangan pejabat beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor, Georgetown, Pulau Pinang. 

Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri. 

"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya.

"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini

"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri. 

 "Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA

Posted in |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...