Guan Eng Untung Besar Jual Tanah Perumahan Rakyat?

Lim Guan Eng di penghujung karier beliau sebagai ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim. Kenapa?

Banyak isu penyelewengan beliau didedahkan kepada umum,sekarang ini telah membuka mata ramai pihak terutamanya komuniti masyarakat cina di Pulau Pinang.Sebelum ini Guan Eng dianggap sebagai tuhan ,jika Umno kritik Guan Eng dan DAP akan dituduh sebagai rasis,perkauman ,nah sekarang ini masyarakat cina bangkit menentang DAP dan Lim Guan Eng.

Malah akhbar berbahasa cina juga banyak mendedahkan penyelewengan regim DAP Pulau Pinang.Ini semua gara gara melepaskan geram kerana puluhan tahun mengidamkan menjadi pemerintah,sebaik saja memegang jawatan Ketua Menteri bagaikan melahap beliau makan hingga muntah.

Kali ini skandal tanah di Taman Manggis bakal menjerat ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim. Tanah yang sepatutnya untuk perumahan rakyat dijual kerana Guan Eng mempunyai kepentingan dan memperolehi keuntungan daripada hasil penjualan tanah tersebut.



Tanah fasa 2 yang digazetkan untuk membina rumah orang miskin oleh kerajaan BN di Taman Manggis juga berjaya dijual oleh Lim Guan Eng. Tanah tersebut telah dijual untuk membina bangunan 30 tingkat termasuk hospital swasta yang disahkan tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.Fasa 1 kerajaan BN berjaya membina rumah untuk rakyat miskin.


Kepentingan rakyat ditolak malah menurut sumber Guan Eng, beliau lebih suka rumah murah dibina ditanah besar kerana tanah di bahagian pulau boleh meraih keuntungan yang besar jika dijual kepada swasta.


Tidak seperti kerajaan BN sebelum ini,mereka membina rumah murah walaupun dikawasan yang diketahui nilai tanah yang cukup tinggi memandangkan yang meraih keuntungannya nanti adalah rakyat.



Jika Guan Eng tidak mempunyai kepentingan keatas tanah tersebut pasti beliau akan menjualnya kepada pemuda BN demi kepentingan rakyat.

Apa macam..ada berani kah?

PULAU PINANG 15 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini. Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200.

Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini. "Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang.

"Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya.-pisau.net

Posted in |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...