P.Pinang: Slogan CAT Akan Bertukar Menjadi DOG!




Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran menukar slogan daripada Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) kepada Kerajaan Beroperasi Dogmatik (DOG) kerana dasarnya yang seolah-olah tidak mengendahkan keperluan rakyat. Penyelaras Parlimen Bayan Baru, Por Joo Tee berkata, pentadbiran kerajaan negeri dilihat melaksanakan sesuatu mengikut kehendak sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat. Sebagai contoh jelasnya, dalam isu rumah mampu milik, kerajaan negeri masih gagal menyenaraikan projek yang telah disiapkan selepas mentadbir pada 2008.

 "Kita (rakyat) nak tahu projek mana yang berjaya dilaksanakan kerajaan negeri. "

Jika tidak mampu memenuhi permintaan ini, tukar sahaja slogan daripada CAT kepada DOG kerana mereka memerintah mengikut suka mereka bukan memikirkan keperluan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. .

Posted in |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    Mana pi nama Setiausaha dan Bendahari Pemuda Nibong Tebal?kenapa terus timbul nama2 penolong je untuk dua jawatan ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...