Kerajaan DAP didesak atasi masalah kesesakan negeri

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya segera menangani masalah kesesakan di sepanjang jalan-jalan yang sibuk di Pulau Pinang. Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengambil langkah untuk menempatkan semula Bazar Ramadan sepanjang Jalan Penang dengan menyatakan kesesakan lalu lintas sebagai salah satu alasan utama. Jika kerajaan negeri benar-benar serius dalam menangani isu kesesakan jalan ini, langkah segera yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini ialah di kawasan-kawasan berikut yang mendapat pemerhatian CAP sebagai kawasan yang mengalami masalah kesesakan:

 Semua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;

- Jalan Burma, di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;

- Jalan Burma, di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;

- Di Fettes Park, di bahagian hadapan kedai makan;

- Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;

 -Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;

 -Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;

 -Jalan di kawasan Little India sebelum perayaan Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;

 -Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar, meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan Tarawih, dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;

- Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan Mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.

 Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

Posted in |

1 comments:

  1. yoyoyunki Says:

    sejak bila gerombolan dok ambil tau masalah rakyat marhain nie.....tak salah aku gerombolan cuma seronon kira kutipan saman yg dibayar aja?

    ingat duit..ingat gerombolan.

    ngeh ngeh ngeh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...