MAIPP Diminta Bertindak!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

“Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab…untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp)ke luar negara.

Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.Klik Sini

Di harapkan MAIPP kena bertindaklah ! Salleh Man yang kini menjawat jawatan YDP MAIPP seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

Jangan pula selepas ni bagitahu rakyat Pulau Pinang tak boleh ambil tindakan kerana mereka tak langgar undang-undang.

Ataupun tak berani ambil tindakan sebab takut dekat Karpal Singh !

Posted in |

1 comments:

  1. yoyoyunki Says:

    tengah tunggu bidio murtad oleh hasan jati....

    ngeh ngeh ngeh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...