Meraih sokongan generasi muda pada PRU-13
Posted On Nov 29, 2010 at at Monday, November 29, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKekuatan sebuah pertubuhan politik atau parti banyak bergantung pada sokongan generasi muda. Mereka ini adalah tenaga penting yang memainkan peranan kea rah kejayaan dan kekuatan sesebuah parti politik. Banyak parti politik di Negara ini bergantung kekuatannya pada generasi muda. Tanpa generasi muda parti tersebut tidak bermaya dan pemimpinnya tidak mahu bersuara.
Generasi muda juga penentu masa depan sesebuah kerajaan pada masa depan. Oleh itu setiap parti politik dikatakan cuba memenangi hati pengundi terutama generasi muda yang dianggarkan 4 juta pengundi baru menjelang PRU 13 yang akan datang.
Pemikiran dan pandangan generasi muda pada masa kini berubah-ubah mengikut situasi semasa berkaitan politik. Mereka lebih memandang parti mana yang boleh menjamin masa depan mereka dalam bidang pelajaran, pekerjaan dan juga ekonomi.
Justeru, kekuatan sesebuah pasukan dalam parti akan menentukan kejayaan dalam PRU ke-13. Usaha memenangi pemikiran, hati dan persepsi generasi muda sangat penting dalam mengekalkan kekuatan sesebuah parti. Ini diakui kerana tenaga, pemikiran dan strategi banyak bergantung pada kekuatan generasi muda.
Dalam hal ini, setiap parti menggunakan pelbagai strategi ‘’serampang dua mata” malah ada “serampang tiga mata” bagi menarik sokongan generasi muda menyokong parti tersebut. Dalam politik strategi sangat penting bagi kejayaan sesebuah parti terutama bagi memenangi pilihanraya.
Generasi muda pada masa kini banyak menumpukan perhatian, aktiviti dan pemikiran melalui media baru. Parti yang Berjaya menggunakan media baru sebagai strategi akan dapat menarik lebih ramai golongan muda.
Senjata paling ampuh bagi menarik golongan ini adalah melalui tarikan oleh generasi muda juga.
Masalah yang dihadapi generasi muda pada masa kini adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Usaha mengatasi pengangguran akan dapat menarik lebih ramai generasi muda menyokong parti yang dapat menyelesaikan masalah mereka.
Tidak ada pelaburan yang lebih baik melainkan menyediakan peluang pekerjaan, keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih cerah kepada golongan ini. Generasi muda hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Berikan sedikit ruang dan peluang untuk generasi muda bersuara.
Cita-cita, impian dan harapan generasi muda mestilah difahami dan dihayati oleh setiap pemimpin pemuda jika ingin menawan hati generasi muda. Merekalah yang seharusnya faham akan kehendak dan arah tuju golongan ini dalam politik.
Ingatlah, tiap-tiap generasi baru lebih maju daripada generasi sebelumnya. Tiap-tiap generasi mempunyai kekuatan pada zamannya. Ilmu dan kemahiran dalam politik juga sangat penting. Generasi baru inilah yang akan membentuk, menentukan dan memperkasa sesuatu bangsanya.
CREDIT: DR AMINUDIN MANSOR-UKM
dah buh artikel ni, hangpa pemuda tak reti2 buat keja ka?
mcmana nak ambik hati anak muda..
tempat aku di tasek mutiara ni rasanya ramai anak muda tak daftar lagi,
semua jenis tak amik port bab politik, duk bersidai kat kedai burger tiap2 malamm..
mai la sini buat apa yg patut!
pemuda tasek mutiara wujud ka dak ni?
aku serius nk bgtau, tak minat nk join mana2 parti politik, tp aku sokong umno dr jauh, aku ikut gak perkembangan umno nibong tebai ni dr kwn2..
semoga pemuda ambil pendekatan
yg sepatutnya dlm memenangi hati pemuda dlm pru13 yg akan datang..
lebih baik calon Sg Acheh datang dari pemuda, tok mud bawak2 la rehat.. bkn dia tak bagus, pemuda nibong tebal pun ramai calon yg ada karisma saya tengok..
tp sapapun calon umno saya tetap sokong hatta fuad sekalipun, jgn takut..
salam lol,terima kasih atas sokongan sahabat kpd punt,kita tahu jauh di sudut hati sahabat,masih ada ikatan dgn umno,dan sebagai pemuda,sahabat juga tersentuh dgn kepincangan umno hari ini.
Tapi kita harus sedar,dalam usaha memertabatkan agama dan org melayu memerlukan suatu usaha yg menyeluruh dgn semua pihak,bukan hanya atas bahu pemuda bah, sahaja, juga pemuda2 yg telah ada kesedaran utk mengembalikan semangat ukhwah dan kerjasama sesama kita.
oleh itu lol juga mesti bersama2 utk membina rangkaian pemuda yg kuat,terutama di tempat sahabat sendiri,jgn hanya harap pd ketua pemuda dan ajk cawangan sahaja,kerana mereka juga ada komitmen dgn keluarga dan sbgnya.
pihak pemuda bah, akan sentiasa menerima kerjasama dgn mana2 pihak demi kebaikan bersama.oleh itu lol boleh hubungi mana ajk pemuda utk mendapat bantuan ataupun kp sendiri.
selamat sama2 berjuang.
Terima Kasih kpd Sdr anon958
yang sudi memberi komen yang kami kira mewakili pemuda bahagian nibong tebal.
Harap sdr lol dpt emelkan no phone sdr atau mesage thru inbox fb kepada pihak kami.
InsyaAllah, jika sdr lol dpt membantu mengaturkan perjumpaan dgn anak2 muda di tempat sdr, kami akan turun.Ada 10-15 orang pun dah memadai.
Pemuda cwgn Bdr Tasek Mutiara memang wujud dan mereka juga aktif dlm menganjurkan program berbentuk sukan. Mungkin Ketua Pemuda atau AJK Pemuda di situ tak mengenali anda,
Namun dengan semangat bersama umno yang kami lihat masih dimiliki oleh sdr, marilah sama2 membantu jika benar ingin melihat Kerusi Parlimen dan DUN Sg bakap dirampas kembali. InsyaAllah