Banglo Mewah Guan Eng



Apa status kediaman rasmi Guan Eng?

PULAU PINANG - Status kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus menjadi tanda tanya apabila setelah lebih setahun dibaik pulih, ia masih belum diduduki sehingga kini.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) membangkitkan perkara itu selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 semalam.
Menurut Shabudin, jawapan bertulis yang diterima menyatakan bahawa rumah tersebut masih dalam pegangan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk rawatan anai-anai dan pembaikan kecil lain.

"Saya tidak faham kenapa selepas lebih setahun rumah itu dibaiki tapi masih lagi dalam pengawasan JKR. Ini bukti pengurusan yang tidak cekap.
"erbelanjaan untuk baik pulih itu juga melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita di DUN di sini malam tadi.
Awal tahun lalu, Guan Eng meninggalkan Seri Teratai dan berpindah ke banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini atas alasan kediaman rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Kos pengubahsuaian banglo sewa tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa kepada banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.
Shabudin turut mempersoalkan kenapa perlu ada dua kos yang perlu dibayar iaitu elaun rumah sewa dianggarkan RM6,000 sebulan dan kos baik pulih yang sedang berjalan.
Terdahulu ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011, beliau berkata, ia merupakan satu bentuk pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Kalau rasa rumah itu tidak lagi sesuai diduduki, bolehlah diubah untuk kegunaan lain seperti pejabat atau kuarters.
"Kalau ada pertubuhan bukan kerajaan yang berminat, boleh diserahkan untuk dipulihara sebagai bangunan warisan atau pusat operasi mereka," ujarnya

Posted in Labels: |

5 comments:

  1. Anonymous Says:

    rumah sape ntah kat keda sg kecil nunnn diatas bukit tersergam indahnya tu?

    pemuda nibong tebai bleh jwb dak?

    kahkahkah

  2. Anonymous Says:

    Apek tuh mana boleh duduk kat rumah kerajaan.. tadak klasss.

  3. Anonymous Says:

    lge cilanat ni blanja sewa 6000 sebulan bukan duit rakyattt
    renovate 1.5 jota bkn duit rakyat..
    hahaah

  4. hangkedee Says:

    dasar pendatang yang di tatang oleh penjilat tegar N ajis pork nik.

  5. Anonymous Says:

    knapa sibuk2 dok nampak kt kerajaan negeri skrg...dulu masa Koh Tsu Kun nape x bising...
    Rumah kediaman PM & TPM berapa kos selenggaraannya pulak?
    Sebulan RM200 ke?

    Tlg jawab dgn IKHLAS HATI....klu anda pejuang melayu islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...