Lim Guan Eng silalah ke Nibong Tebal bina rumah "mampu milik" bernilai RM 150,000


Lim Guan Eng, hanyalah sekadar parasit yang sekadar bertenggek dengan segala perancangan sosioekonomi yang telah dijalankan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Tiada perancangan yang signifikan yang mampu dilakukan oleh KM itu. Inilah kenyataan yang perlu kita tahu dan ianya sangat memeritkan kerana yang akan hancur ialah negeri Pulau Pinang itu dan bukannya Lim Guan Eng.

Beliau hanya mementingkan program populis beliau di samping menghalalkan kelompok-kelompok peniaga Cina bermaharajalela di tepi-tepi jalan tanpa memikirkan keselesaan pengguna jalanraya yang lain.

Tetapi setakat mana negeri Pulau Pinang boleh berdaya saing dan lebih maju jika itu sahaja yang mampu dilakukan oleh KM putarbelit itu?

1. Di dalam pembentangan belanjawan negeri, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah mengaku bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang bakal merudum di bawah pentadbiran beliau. KM lidah biawak yang suka bermegah-megah dengan C.A.T beliau itu, ternyata omongan kosong yang tidak menyakinkan.

2. Lebihan kewangan sebanyak RM88.02 juta pada tahun 2008 (ketika BN memerintah sehingga Mac 2008) telah menurun kepada RM77.34 juta pada tahun 2009. Untuk tahun 2010 pula, lebihan kewangan negeri akan merudum lagi kepada RM53 juta.

3. Satu lagi kemusykilan yang timbul di dalam belanjawan Lim Guan Eng ialah kenyataan 'sejumlah RM60 juta diperuntukkan untuk membina sekurang-kurangnya 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau'.

RM60 juta untuk 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau? Dah masuk harga tanah ke tu?

Matematik mudah, 60 juta dibahagi dengan 400, rumah 'mampu milik' itu sebenarnya berharga RM150,000. 'Murahnya' rumah 'mampu milik' itu!! Betulkah ni? Berapa kerat la Melayu mampu beli kalau buat di Sungai Acheh?


4. Selain daripada isu tanah Balik Pulau, satu lagi persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng. Isunya ialah perancangan kerajaan negeri untuk mengambil balik tanah yang bakal terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.

5. Lim Guan Eng perlu memperincikan tanah-tanah yang bakal di ambil balik dan jumlah keluarga yang terlibat di dalam pengambilan tanah tersebut. Apakah keluarga Melayu lagi yang terlibat? Berapa ramai? Apakah nilai tanah yang dibayar sejajar dengan nilai tanah semasa di tempat itu?

Tambahan :

6. Lim Guan Eng beberapa kali telah menyebut skandal tanah Tan Huk Ju yng bernilai RM25 juta tetapi kenapakah Lim Guan Eng langsung tidak menyebut cukai tunggakan 3 tahun Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang yang berjumlah RM6 juta? Bukankah wang itu juga wang rakyat Pulau Pinang?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan isu cukai tanah PTC?

7. Yang hairannya juga, Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung isu wang Lumba Kuda yang berjumlah RM2 juta ringgit sedangkan beliau merengek pasal isu-isu kecil di dalam belanjawan beliau!

Perancangan belanjawan Lim Guan Eng banyak mendatangkan persoalan dan meragukan. Rakyat Pulau Pinang perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Manalah tahu, isu pembohongan Guan Eng sebelum ini juga berlaku di dalam belanjawan negeri!

MIM

Posted in Labels: |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...