Mansor tiada kuasa bela hak orang Melayu Pulau Pinang


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman disifatkan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kuasa apabila gagal membela hak orang Melayu khususnya isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau untuk dibangunkan sebuah universiti.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, sebaliknya Mansor mengarahkan penduduk terbabit supaya meminta bantuan daripada pemimpin UMNO untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Dia (Mansor) suruh minta tolong UMNO, maknanya dia tidak ada kuasa, maknanya kedua-dua exco Melayu (Mansor dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) tiada kuasa dalam kerajaan.

"Tiada tindakan dari Mansor untuk selesaikan masalah dan tenteramkan penduduk kampung yang susah hati dan gusar apabila mendapat tahu tanah mereka akan diambil,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Singapura dan tujuan awam.

Pewartaan tersebut dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.

Berikutan tindakan kerajaan itu, lebih 100 penduduk Kampung Genting baru-baru ini berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah IPT.

Jasmin berkata, cadangan membina universiti di negeri ini sangat dialu-alukan tetapi pembinaan itu mestilah di kawasan yang sesuai dengan tidak melibatkan kawasan kediaman penduduk.

"Carilah tempat yang sesuai bukan di kawasan perkampungan penduduk, tempat mereka mencari rezeki, ini mengancam punca pendapatan mereka. kita tidak bantah untuk buat universiti, Pulau Pinang sudah ada banyak universiti sama ada swasta atau awam,” katanya. - Bernama

Posted in Labels: |

3 comments:

  1. Anonymous Says:

    KALAU UNIVERSITI NANYANG YANG AKAN DI BUAT KITA BANGSA MELAYU WAJIB BANGUN MENENTANG, SEBAB KESAN NYA PADA MELAYU P.P 20 TH AKAN DATANG., PERCAYALAH BANGSA KU.DARI ITU HARUS BANGKIT SEMUA MELAYU PP UNTUK MENENTANG UJUDNYA UNIVERSITI INI.

  2. matrengganu Says:

    Batang kayu.........
    Kayu api basah......

  3. Anonymous Says:

    UMNO cuma pandai mengata dan mengapi-apikan Bangsa Melayu PP sahaja.
    Masa God Father Abd Rashid Abdullah menjadi TKM apa yang di buat utk membela nasib org Melayu di PP...?
    God Father juga hanya pandai bermain sandiwara kerana itu Melayu DUN SG Bakap telah terajang beliau dari kerusi Empuk TKM....!!!
    God Father hanya membela 2/3 kerat Melayu yg mengampu dan membodek pada masa menjadi TKM dahulu...! Skandal Tanah,kebangkrapan MPSP dan salah guna kuasa bermaharaja lela pada masa beliau berkuasa...Tolong audit harta pembantu khas beliau En Sharif sg tongkang,Cikgu Zul,Dan Anugerah Pingat kerajaan Negeri kepada kroni-kroni beliau termasuk kepada bapa ketua penerangan Pemuda UMNO Nt ( Bapak Cekgu Sham )yang tiada menyumbang untuk pengukuhan perpaduan Melayu Tasek dan kawasan sekitarnya dan yang menjadi tanda tanya mengapa sekarang baru UMNO bersuara tentang perpaduan..?adakah kerana telah Hilang kuasa atau sememangnya Gila Kuasa.........?Jagan hanya pandai menunding jari atas kesalahan dan kealpaan diri sendiri kepada orang lain.....!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...