N45 Galas : PAS gagal tunai janji - 'Saya benar-benar rasa tertipu'!!

Hiba dan amat mengejutkan apabila seorang penduduk miskin Kampung Lepan Jaya di sini mendakwa dia menjadi mangsa kerajaan Pas Kelantan apabila tanah ladang serta rumah yang dijanjikan tiga tahun lalu masih belum tertunai.

Dengan menunjukkan sijil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan sebagai bukti, Rozali Rodin, 37, tidak menyangka kerajaan Pas Kelantan sanggup melakukan perkara seumpama itu kepadanya sekeluarga.

Dia yang ternyata terlalu kecewa dengan apa yang berlaku secara jujur mengakui kegagalan kerajaan Pas Kelantan itu amat memilukan kerana harapannya untuk memiliki ladang dan sebuah rumah terlalu tinggi.

''Sungguh tidak sangka kerajaan Pas sanggup melakukan perkara ini kepada rakyat yang miskin seperti saya. Saya benar-benar rasa tertipu. Cuba lihat keadaan diri saya, isteri, anak dan ahli keluarga saya yang lain.

''Saya akui apabila saya diberitahu terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi pada 2007 hati saya cukup gembira tetapi itu dulu. Harapan saya benar-benar musnah," katanya di kediamannya di sini hari ini.

Dia dan keluarga sebelum itu dikunjungi skuad sayang Pergerakan Wanita UMNO yang ketuai oleh Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman.Dalam kunjungan tersebut, Rozali turut menunjukkan sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan Pas Kelantan itu kepada Hamidah serta anggota skuad sayang yang lain.

Sijil berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bertarikh 29 November 2007.Bercerita lebih lanjut apabila terpilih sebagai Peserta Berpenempatan Dalam Ladang Rakyat Limau Kasturi, Rozali berkata, dia dan lebih 300 peserta lain telah dipanggil oleh kerajaan Pas Kelantan untuk menerima sijil itu dalam satu majlis di sebuah sekolah.

Dia berkata, sijil itu kemudian disampaikan sendiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.''Projek ini dijanjikan siap dalam tempoh setahun. Ini sudah masuk tiga tahun tetapi langsung tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya tidak tahu projek ini benar-benar wujud atau sebaliknya," katanya.

Berdasarkan sijil tersebut, katanya, dia merupakan peserta yang ke 114.''Selain saya terdapat lima lagi peserta yang sama terdapat di dalam kampung ini," ujarnya.Sementara itu Hamidah berkata, pendedahan itu merupakan bukti jelas kepincangan kerajaan Pas Kelantan dalam mentadbir negeri ini.

''Ini bukan satu pembohongan tetapi inilah bukti bagaimana seorang rakyat Kelantan menjadi mangsa penganiayaan mereka. Mereka (kerajaan Pas Kelantan) menjanjikan tanah ladang dan tapak rumah kepada penduduk miskin tetapi sehingga kini ia gagal ditunaikan," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu meringankan bebanan keluarga Rozali.''Kami dapati Rozali kini tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis dan gastrik yang agak kronik.'

'Akibatnya Rozali terpaksa bergantung harap kepada ahli keluarga lain untuk menyara anak dan isterinya." katanya lagi.

UM-online

N45 GALAS : BUKTI NIK AZIZ PENIPU - SIJIL DIBERI,GERAN TAK KASI !!

Inilah geran tanah yang diberi kepada rakyat disahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat. Siap pakej 10 hektar tanah ladang dan sebuah rumah. Geran ini diberikan kepada 300 orang penduduk yang menginap di DUN Galas.

Namun penantian demi penantian. Tiada juga maklum balas. Mungkin jumlah 300 pemilik geran ini merupakan jumlah yang kecil. Jika tidak dikotakan pun, tiada masalah. Nik Aziz sendiri telah berjanji akan memberikan geran tanah tersebut. 20 tahun memerintah. Inilah hasil mereka.

Pada zahirnya mereka dikatakan melahirkan pemimpin ulung Islam. Bila dikaji batilnya, mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat karier politik mereka.

Sedih melihat terseksanya mereka. Lihatlah betapa zalimnya Kerajaan Negeri PAS Kelantan. Saya war-warkan kita dedahkan perkara ini kepada kesemua masyarakat setempat di Galas yang masih buta hati akibat ditipu PAS Kelantan.

Jutaan Terima Kasih kepada 'Pengundi Setia Sungai Siput' dan kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB. Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Ini merupakan hasil titik peluh mereka mendedahkan perkara ini.

Gelombang Rakyat..!!!
Tambah ulasan

Posted in Labels: |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...