Pilihanraya Pemilihan Ahli Majlis PBT tidak dimaklumkan! Apa agenda tersembunyi LGE?
Posted On Nov 18, 2010 at at Thursday, November 18, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPasca PRU12 turut menyaksikan Guan Eng mahukan satu pilihanraya PBT,mengunakan alasan ia akan membantu memindahkan balik kuasa kepada rakyat dan mempertingkat keupayaan pentadbiran PBT sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula khuatir yang ia akan membuka laluan bagi politiking yang lebih banyak seperti terbukti dalam sejarah.
Apakah implikasinya?
Jika ia diluluskan maka penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan melalui proksi proksi politik ,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar.
Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang menganggotai exco PBT atas lantikan parti politik?
Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.
PPUBNT melihat isu dalam konteks negeri Pulau Pinang hampir keseluruhan kerusi exco PBT akan dikuasai oleh bukan melayu.
Usaha secara halus ini secara tidak langsung memudahkan gerak kerja menghambat orang melayu keluar dari bandar,malahan pelbagai implikasi akan timbul seperti bebas mendirikan kuil dan rumah ibadat ditanah milik kerajaan tanpa had.Menghapuskan kuota penduduk bumi di sesuatu kawasan perumahan,memudah milik hartanah dan pemberian lesen hiburan tanpa kawalan.
Implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.:klik sini
Namun kegusaran ini sudah terlambat apabila pihak kerajaan DAP sudah pun menjalankan pilihanraya PBT,dibuat tanpa pengetahuan umum dan hanya sesetengah pihak saja yang terlibat membuktikan ada agenda yang tersembunyi yang mahu dilaksanakan .
Proses pembuangan undi oleh 300 orang pemilih.
Video di bawah dirakamkan pada 14 Nov 2010 semasa berlangsungnya pemilihan calon PBT di Penang Chinese Girls Alumni Association.
Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis MPPP :
» Teo Lee Ken
» Lim Mah Hui
» Chin Khuan Sui
» Loh Swee Heong
» Dalbinder Singh
Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis MPSP.
» Tiun Ling Ta
» Sivagurupatham a/l S Vadivelu
» Teng Kim Chew
» Krishnan a/l Samiah
Adakah dengan hanya 300 orang yang mengundi kepada calon masing masing sudah mewakili keseluruhan rakyat Pulau Pinang? Dimanakah suara suara Melayu? Mengapa tidak ada langsung pengumuman atau pun sebaran maklumat mengenai pilihanraya ini kepada keseluruhan rakyat negeri Pulau Pinang,inikah yang dikatakan CAT?
Untuk pengetahuan anda,sejarah 1965 sudah berulang, ketika itu Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai Parti Perikatan.
Seperti biasa,melayu melayu haprak pakatan tidak akan berani bersuara malah langsung tidak akan berani mempersoalkan tindakan Guan Eng,semuanya akan dihalalkan .
Guan Eng lebih banyak mengunakan masanya berpolitiking dan mengaut kekuasaan sepenuh penuhnya,harapan beliau adalah untuk mendapatkan kuasa secara total dari kerajaan negeri hinggalah kepada PBT.
Kesimpulanya mudah, usaha ini dilakukan secara berperingkat,pertama mendapatkan hak autonomi kemudian apabila kesemua perancangan hagemoni berjaya langkah seterusnya adalah memisahkan Pulau Pinang daripada Semenanjung,penyatuan 2 bekas negeri selat yang diperintah oleh DAP dan PAP pasti akan berjaya.
-pisau-
tahniah,teruskan pendedahan anda..
cuma nak tegur skit, Blog ADUN Dato Mahmud tu kasi la update, kalau tak update, baik korang takpayah letakkan link...
salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/