Kerajaan Negeri Pulau Pinang Yang Tidak Prihatin
Posted On Nov 6, 2010 at at Saturday, November 06, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPetani kecewa kebun dimusnahkan
KAMALA Devi bersama anaknya, S. Ravi menunjukkan sebahagian daripada hasil tanaman yang didakwa dimusnahkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang semasa ditemui di Seberang Jaya, semalam.
BUKIT MERTAJAM 4 Nov. - Selama lebih 12 tahun, A. Kamala Devi, 47, menyara keluarganya dengan membanting tulang mengusahakan kebun buah dan sayur-sayuran di atas sebidang tanah rizab di Seberang Jaya di sini.
Melalui hasil tanaman di kebun itu, wanita gigih itu dapat membantu suaminya, N. Sathy, 49, yang bekerja sambilan sebagai kelindan lori untuk membesarkan serta memberi pendidikan kepada dua anaknya yang kini berusia 17 dan 12 tahun.
Bagaimanapun, usaha gigih wanita itu mengusahakan tanah kebunnya selama bertahun-tahun hancur begitu sahaja apabila semua hasil tanamannya seperti pisang, tebu, nangka, mangga, rambutan dan tebu dimusnahkan dalam satu operasi, semalam.
Lebih menyedihkan, operasi atas arahan kerajaan negeri itu dilakukan ketika Kamala Devi dan keluarganya sedang dalam persiapan merayakan Deepavali yang akan disambut esok.
Kamala Devi yang mengusahakan tanaman di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, dia amat terkejut melihat semua hasil tanamannya musnah ketika datang ke kebun itu petang semalam.
''Ini semua (hasil tanaman) saya anggap seperti anak-anak saya kerana dengannya saya dapat menyara keluarga dan besarkan dua anak tetapi sekarang semua sudah habis (dimusnahkan). Mereka sudah 'membunuh' anak-anak saya.
''Kerajaan negeri tidak fikir langsung nasib keluarga saya. Semua tempahan buah-buahan daripada pelanggan sempena Deepavali tahun ini semua habis dimusnahkan," katanya sebak ketika ditemui bersama Ketua Pemuda MIC negeri, J. Thinagaran di sini hari ini.
Menurut Kamala Devi, sebelum ini dia mendapat kebenaran lisan daripada JPS untuk bercucuk tanam di tanah tersebut yang berkeluasan kira-kira 0.4 hektar dan turut dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran Pejabat Tanah Seberang Perai Tengah (SPT).
Kamala Devi mendakwa, dia juga ada menghantar surat meminta bantuan daripada Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya walaupun sudah tiga kali cuba menemui pemimpin tersebut.
''Pihak JPS tiada halangan kerana tiada apa-apa projek hendak dilakukan dan saya ada mengutus surat untuk dapatkan kebenaran daripada pejabat tanah tetapi sehingga hari ini tiada sebarang jawapan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah SPT, Roslan Yahya yang dihubungi menjelaskan, pihaknya sudah mengeluarkan notis meminta supaya Kamala Devi mengosongkan tanah tersebut.
''Tanah tersebut adalah milik JPS dan operasi memusnahkan terpaksa dijalankan kerana keperluan untuk menggunakan tanah tersebut. Ia juga berhampiran Balai Polis Seberang Jaya dan ia ada kaitan dengan soal keselamatan," katanya.
Roslan bagaimanapun tidak menjelaskan tarikh sebenar notis berkenaan dikeluarkan dan tujuan tanah itu ingin dikosongkan kerajaan negeri.
Pengarah JPS negeri, Anuar Yahya yang dihubungi bagaimanapun memberitahu, pihaknya tidak ada keperluan untuk menggunakan tanah tersebut buat masa ini dan tidak tahu menahu mengenai operasi memusnahkan kebun milik Kamala Devi.
''Kebiasaannya, kita akan maklumkan kepada pihak terlibat sekiranya hendak menggunakan tanah milik JPS dan akan mendapatkan nasihat daripada pejabat tanah tetapi dalam kes ini kita sebenarnya tidak ada apa-apa rancangan untuk tanah tersebut," jelasnya-Utusan
teruskan pendedahan anda..
Itu bukan lagi tak prihatin, tapi zalim aka zionis kera...jaan Khalipah Laddy Gagau Eng.
Salam..
Blog tuan sudah dilinkan...
Mohon linkan juga blog saya di sini.
http://blogtamingsari.blogspot.com/
T.Kasih.
Salam Perjuangan.
Jutaan Terima Kasih kerana sudi melayari blog saya.
Blog anda juga tidak kurang hebatnya. Mantap dan memberi kesan pada pengunjung. Syabas.
Saya telah linkkan blog anda. Harap anda juga sudi linkkan blog saya.
Sekian, Salam Kasih dari,
Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat