Guan Eng mahu projek landasan dihentikan!
Posted On Nov 12, 2010 at at Friday, November 12, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalGuan Eng arah henti kerja landasan berkembar, bimbang banjir
Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengarahkan MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.
"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan,” katanya.
Guan Eng berkata, arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa dengan serta merta dan wakil daripada MMC-Gamuda JV seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan negeri untuk berbincang tentang syarat baru itu. - Bernama
Ini KM Lim Guan Eng sedang berusaha membuatkan pembinaan landasan berkembar di Pulau Pinang menjadi antara yang mahal dalam sejarah.
Tindakan menyuruh kontraktor memecahkan landasan yang baru dibina adalah BODOH, TIDAK EKONOMIK, MERUGIKAN WANG dan penuh dengan citra politik bolak-balik pembangkang yang sememangnya menghalalkan cara demi matlamat.
Mereka berfikir bahawa jurutera pembinaan adalah bodoh, seperti MB Kedah yang menuduh pembinaan landasan keretapi berkembar menjadi punca banjir di Kedah sehingga MMC Gamuda menjelaskan bukti ianya tidak bersangkut paut.
Pihak kontraktor projek mega seperti ini tidak pernah lalai dari memastikan aliran semulajadi dikekalkan dan berbekalkan peralatan dan perisian canggih, mereka mampu mengadakan laluan air untuk menampung aliran air saat hujan paling lebat sekalipun.
Masalah Pulau Pinang Darul Sampah belum pernah selesai dan Guan Eng masih lagi menutup mata atas sikap rakyat yang memenuhkan parit dan tali air dengan sampah.
Jangan merosakkan harapan sebahagian besar penduduk di utara untuk menikmati perkhidmatan tren elektrik selewat-lewatnya hujung 2013.
Tolak DAP di Pulau Pinang kerana mereka ini memudaratkan rakyat atas topeng kebajikan.
Aku sokong Hentikan semua projek. Projek jambatan tambahan, projek air bersih dan apa-apa projek lain yang kerajaan persekutuan nak bina. Ini kerana bukan sahaja akan berlaku banjir, semua projek ini akan menyebabkan pulau pinang bertambah berat dan akan menenggelamkan pulau itu. Dari segi geografi, pulau pinang tak berapa strategik untuk dibanggunkan kerana berada dilaluan yang jauh untuk dihubungi oleh kapal dagang. Seeloknya di tumpukan pembanggunan di perairan Perak yang jauh lebih praktikal untuk jangka masa panjang. Johor dah ada pelabuhan canggih, Perak bila lagi...
lge sama geng ostad zizan
abis tu banjir besar di siam, vietnam semuanya sbb projek doubletrack ke?
kuasa Allah maha besar..
pemikiran zaman batu dan hati busuk dap , he 3x
punya berani nyan melayu...bila mp alor setaq menyatakan punca banjir di di kedah di sebabkan oleh projek landasan berkembar. gerembolan nt senyap saja...(mungkin gerembolan tengah pak coo ceng waktu tu bermodalkan bik mama.
lge biarkan projek ini di teruskan...biar tenggelam jawi,changkat,bagan boya.dan sekitar n tebal.
banjir bukan nak kena jawi golf...tmn ilmu,tmn seri aceh.
bila tenggelam...senang sikit gerembolan n tebal nak sapu semua peruntukan...
betul jugak yg di post kan oleh apopo nie...
tempat aku ...tahun nie aje dah 3 kali.tak pernah kena selama nie.
aku rasa kalau hujan lebat 2 hari.LINGKUP.....sabar sabar sabar.
hidup umno nt...kami tetap bersama mu..alahai tuk non.
"abis tu banjir besar di siam, vietnam semuanya sbb projek doubletrack ke?"
Thailand dan Vietnam negara Hutan Hujan Tropika lagi pun kawasan banjir terjadi kerna Hutan Paya dan projek2 yg dijalankan di tebing Sg Choa Praya...
Tolong ambil perhatian ttg keadaan geografi dan pembangunan negara jiran klu nk sama kn dgn Malaysia...
Rajin2 membaca ..bukan saja pandai mendengar dan mengikut jer...