Keberkesanan Unit Media Baru UMNO…


Benda yang baik kita kena puji, antaranya kewujudan Unit Media Baharu (UMB) UMNO, sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini.
Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini.

Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini.
Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini.

Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan sapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter.
Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO.
Katanya, di Batu Sapi pun serupa. Memang ada kekurangan itu ini, tapi siapa yang sempurna. Kita semua perlu belajar dan terus belajar. Well done bro !
Dipetik dari corat-coret Galas-AgendaDaily. Tahniah kepada seluruh penggerak Unit Media Baru UMNO yang diterajui oleh Sdr Tun Faisal. Jangan mudah berpuashati terhadap apa yang telah kita lakukan. Perjalanan kita masih jauh.

Diharapkan semoga semua bahagian UMNO dalam Malaysia ini dapat menubuhkan jentera unit media baru UMNO di dalam menghadapi PRU 13 yang akan datang sebagai salah satu senjata dalam menghadapi 'pertempuran' dengan pihak lawan.

Posted in Labels: |

3 comments:

  1. pemuda atas pagar Says:

    ni blog pemuda yg baru ke,yg lama p mana,dah lama aku cari blog pemuda nibong tebal,ingatkan dah berkubur,jgn la buat kerja sekerat jalan aje,ramai kwn ku dah mula tertarik dengan group pemuda ni,dah takbuat program ke,lama tak dengar cerita last sekali aku ada ikut program senbahyang jenazah,klu ada program war2 kan la.TERTARIK DENGAN PENDEKATAN YG DIBUAT OLEH PEMUDA.

  2. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    Slm Pemuda Atas Pagar
    Blog pemuda yg lama dah berkubur atas alasan spt dinyatakan dibawah muka blog ini.
    Program dijalankan dari masa ke semasa.
    Ikuti perkembangan didalam blog ini
    ataupun facebook pemuda.
    Yg terdekat Program Santai Bersama Pemimpin akan dibuat pada 13/11/10 Sabtu bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi jam 830 malam. Sila hadir bg mendengar mandat pemimpin bahagian.

  3. pemuda melayu nibong tebal Says:

    bagus tu,tapi asyik rakyat je yg nak dengar mandat pemimpin ,bila pula pimimpin nak dengar dan ambil tindakan bila dengar aduan rakyat,jgn pula bila nak pilihanraya baru nak buat kerja....................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...