Kerajaan BN sungguh prihatin terhadap rakyat!


RM 60 Juta bantu Pesawah terjejas.
ALOR SETAR – Bantuan segera berjumlah RM60 juta akan diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu pesawah yang terjejas banjir melakukan penanaman semula padi mengikut jadual.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, daripada jumlah itu, peruntukan RM50 juta melibatkan bantuan berupa baja, benih padi sah, serta kerja-kerja membadai dan meratakan tanah.

“Manakala RM10 juta lagi diperuntukkan untuk membaiki infrastruktur seperti parit pecah agar sistem pengairan tidak terganggu.

“Perkara ini akan kita akan bawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan pinjaman semula kepada usahawan Tekun Nasional (Tekun) yang terjejas banjir di negeri ini, di sini, semalam.

Menurutnya, RM60 juta itu hanya melibatkan bantuan kepada pesawah dan tidak termasuk bantuan terhadap kerugian yang ditanggung penternak mereka yang terlibat dalam perikanan.

“Selepas peruntukan ini mendapat kelulusan Kabinet, Kementerian akan membuat pembayaran segera dalam bulan ini juga, bagi memastikan pesawah dapat memulakan tanaman mengikut jadual.

“Bagaimanapun, saya meminta agar semua agensi tidak perlu mengikut prosedur biasa dalam menyalurkan bantuan kepada pesawah yang menjadi mangsa banjir, tidak perlu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan pinjaman semula kepada 360 usahawan Tekun yang terlibat dalam bencana banjir di negeri ini, dengan jumlah pinjaman RM1,985,000.

Sinar Harian difahamkan, sejumlah RM136,704,000 dipinjamkan kepada 16,193 usahawan Tekun di negeri ini dan daripada jumlah itu, seramai 360 peminjam dengan jumlah pinjaman RM3,332,489, terjejas dengan banjir.

Noh berkata, pinjaman semula itu adalah siri kedua untuk agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Tekun memberikan bantuan segera berupa pinjaman semula untuk peminjam yang terjejas banjir memulakan kembali perniagaan mereka.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar peminjam Tekun diberikan insentif dalam usaha menggalakkan mereka membuat bayaran balik yang lebih baik.

“Sebagai contoh, peminjam Tekun yang terlibat banjir tetapi mempunyai rekod baik dalam pembayaran balik pinjaman, yang menerima pinjaman semula, boleh dipertimbangkan untuk diberi insentif.

“Jika ada yang membayar mengikut jadual atau lebih cepat daripada jadual, juga boleh dipertimbangkan Tekun untuk memberikan rebat kepada mereka. Dengan itu baru ada perbezaan antara peminjam yang bayar cepat dengan peminjam yang culas,” katanya

PPUBNT- Inilah contoh slogan realiti Pencapaian Didahulukan, Rakyat diutamakan.
Rakyat yang ditimpa musibah sentiasa mendapat perhatian dari kerajaan UMNO/BN tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Posted in Labels: |

1 comments:

  1. joe black Says:

    apopo, aku rindukannmu..
    mai la tgk ni gerombolan bedal duit rakyat..

    admin blog, apa yg hg dh buat sampai apopo merajuk ni?
    kesian kat dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...